• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

4 Individu Mengaku Bersalah, Didenda RM500 Gara-Gara Masak Mi Segera Di Stesen Minyak

Oleh
Aina Musa
21 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
4 Individu Mengaku Bersalah, Didenda RM500 Gara-Gara Masak Mi Segera Di Stesen Minyak

Padah masak mi segera di stesen minyak

4 Individu Mengaku Bersalah, Didenda RM500 Gara-Gara Masak Mi Segera Di Stesen Minyak. Empat individu, termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah, mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain. Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh membayar denda RM500 setiap seorang.

Kesemua tertuduh, iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, dituduh bersama-sama mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan berbahaya pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi dengan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands.

4 Individu Mengaku Bersalah, Didenda RM500 Gara-Gara Masak Mi Segera Di Stesen Minyak. Sumber: Berita TV3

Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, sementara kesemua tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Kes ini menarik perhatian umum setelah video kejadian tular di media sosial, menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih di perkarangan stesen minyak tersebut.

Tindakan itu dikecam oleh warga net kerana stesen minyak adalah kawasan sensitif dan mudah terbakar, dan perbuatan mereka dianggap membahayakan keselamatan diri serta orang lain.

Majistret Nadhratun Naeiem Zainan dalam keputusannya menekankan bahawa tindakan mereka adalah tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang bahaya besar.

Keputusan mahkamah ini diharapkan menjadi pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mengambil mudah aspek keselamatan di kawasan sensitif seperti stesen minyak.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen 2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen
Next Article Lelaki Rogol Adik Kandung Berusia 10 Tahun Dipenjara 33 Tahun Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?