• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Bulan Hilang Lepas Dilaporkan Rogol Murid Di Bintulu, Guru Ini Akhirnya Ditangkap Di Thailand

Oleh
ILB - AI
23 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, 5 bulan dicari, akhirnya ditangkap di Thailand

5 Bulan Hilang Lepas Dilaporkan Rogol Murid Di Bintulu, Guru Ini Akhirnya Ditangkap Di Thailand. Hampir 5 bulan jadi buruan pihak polis terutamanya polis di bahagian Bintulu. Menjadi individu yang paling dikehendaki akibat perbuatannya yang tidak mencerminkan identitinya sebagai seorang penjawat awam.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan keberhasilan pihak polis hari ini apabila suspek telah berjaya ditangkap di Thailand.

5 Bulan Hilang Lepas Dilaporkan Rogol Murid Di Bintulu, Guru Ini Akhirnya Ditangkap Di Thailand
5 Bulan Hilang Lepas Dilaporkan Rogol Murid Di Bintulu, Guru Ini Akhirnya Ditangkap Di Thailand. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Suspek melarikan diri selepas dilaporkan merogol dan mencabul 2 orang anak muridnya di sebuah sekolah di Bintulu

Selepas kejayaan menangkap suspek di Thailand hari ini, mungkin rakyat Sarawak khususnya boleh menarik nafas lega kerana sudah pasti suspek akan dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatannya tidak bermoral.

Suspek telah melarikan diri jauh dari Sarawak bahkan keluar dari Malaysia selepas perbuatannya dilaporkan oleh mangsa pada Julai yang lalu. Suspek yang bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Sebauh, Bintulu telah menjadi buruan pihak polis kerana suspek telah merogol dan mencabul dua orang anak muridnya.

Kedua-dua murid yang menjadi mangsa tersebut merupakan anak Orang Ulu dan mereka baru sahaja berusia 14 tahun. Kedua mereka telah diperlakukan dengan tindakan yang tidak senonoh oleh suspek yang berusia 33 tahun di sebuah bilik musik di sekolah berkenaan.

5 Bulan Hilang Lepas Dilaporkan Rogol Murid Di Bintulu, Guru Ini Akhirnya Ditangkap Di Thailand
5 Bulan Hilang Lepas Dilaporkan Rogol Murid Di Bintulu, Guru Ini Akhirnya Ditangkap Di Thailand. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Namun, suspek telah melarikan diri dan sukar dikesan sejak laporan dibuat pada 29 Julai yang lalu. Apa-apa pun, tahniah dan syabas untuk PDRM atas usaha sehingga keberhasilan menangkap pelaku ini.

Ingin mengetahui bagaimana sebenarnya kes ini, boleh baca artikel dibawah:

Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Menghilangkan Diri
‘Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,’ Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu
SUMBER :FB Bintulu News Page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Cara Kreatif Dengan Hadang Pintu Guna “Plywood”
Next Article Ini 4 Idea Resipi Mudah Untuk Jamuan Hari Krismas Anda Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?