• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia

Oleh
Ismail NA
14 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Seriuslah?

Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia. Tahukah anda bahawa balai bomba yang tertinggi di dunia bakal dibina di Malaysia? Ya, secara spesifiknya di Gunung Kinabalu, Sabah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) bakal menjadi yang pertama di dunia untuk membina balai bomba di kawasan setinggi 3,382 meter di Gunung Kinabalu, Sabah.

Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia
Gunting Lagadan Hut di Gunung Kinabalu

Menurut laporan BERNAMA, balai bomba berkenaan akan dibina di Gunting Lagadan Hut di Gunung Kinabalu dan proses pembinaannya masih di peringkat dokumentasi.

Disebabkan ianya adalah tapak warisan dunia, maka proses dokumentasi yang teliti perlu dilakukan. Ujar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun lagi, peruntukan untuk membina balai bomba terbabit sudah pun disediakan.

Tujuan pembinaan balai bomba di kawasan tinggi itu pastinya sesuatu yang memiliki alasan yang munasabah, bukan?

Jelas Masidi lagi, balai bomba ini kelak akan menempatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu atau singkatannya, Mosar. Mosar merupakan pasukan bomba yang ditubuhkan pada tahun 2015 susulan insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015.

Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia
Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia. Kredit foto: Juwan Riduan via NSTP

Mereka memiliki kepakaran yang khusus serta kompetensi dalam rutin penyelamatan di kawasan gunung.

Pasukan Mosar ini kini berpusat di Balai Bomba dan Penyelamat Ranau dan turun beroperasi sekiranya sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di Gunung Kinabalu.

Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia
Operasi menyelamatkan pendaki yang kejang otot dan hipotermia di Gunung Kinabalu.

Berdasarkan statistik penyelamatan yang dikeluarkan oleh Mosar, sebanyak 26 kes penyelamatan telah dijalankan oleh pasukan ini bermula Januari sehingga Jun tahun ini.

Jadi, memang wajar sekiranya balai bomba ini diwujudkan di Gunung Kinabalu bagi membolehkan rutin penyelamatan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan efisien.

Ini pula kisah malim gunung Kinabalu yang begitu mencintai pekerjaannya meskipun menerima bayaran agak rendah:

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Next Article 5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?