5 Lokasi Wajib Pergi Di Kuching, Sarawak
Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang letaknya di bahagian Malaysia Timur.
Bandar Kuching adalah salah sebuah lokasi bersejarah di Sarawak. Sebab ia pernah diduduki oleh penjajah satu ketika dulu.
Jom! Kami bawa anda ronda-ronda sekitar bandar Kuching ni.
Medan Niaga Satok
Ini adalah pasar terbesar dan paling meriah di bandar Kuching ini. Ia beroperasi pada setiap hari, tetapi yang selalu ditunggu-tunggu adalah pasar hujung minggu.
Pasar hujung minggu ini bermula sekitar waktu tengah hari pada setiap hari Sabtu. Warga emas dari kampung berdekatan akan datang untuk menjual hasil tani mereka. Ada yang membawa buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut. Dan suasana ini hanya berlaku pada hari Sabtu sahaja.
Muzium Seni (Art Museum)
kredit gambar- Flickr
Muzium ini mempamerkan ukiran dan lukisan yang dihasilkan melalui teknik asli tradisional. Ditambah pula dengan hasil kerja yang diilhamkan oleh lanskap Borneo.
Muzium Seni ini juga pernah ditutup sementara untuk proses ubahsuai dan telah dibuka semula pada akhir 2015. Ia turut mempamerkan sejarah menarik negeri Sarawak, dari era kesultanan Brunei.
Artifak bersejarah yang ditemui di Gua Niah turut dipamerkan di dalam galeri ini.
Waterfront Promenade
kredit gambar-sumber
Di bahagian selatan Sungai Sarawak, telah diwujudkan sebuah laluan berturap untuk para pengunjung. Jadi, bagi mereka yang ingin bersantai di tepi sungai, bolehlah berkunjung ke sini.
Lepak-lepak ni bukan boleh dengan mulut kosong. Cepat bosan kan? Jangan risau! Di sekitar kawasan ini, turut ada gerai-gerai minuman dan makanan untuk memudahkan anda mencari kudapan.
kredit gambar-sumber
Lokasi ini amat sesuai untuk mengambil angin petang sambil melihat matahari terbenam. Pada waktu petang pula, port ini akan mula disimbahi dengan limpahan cahaya warna-warni. Cantik sangat
Fort Margherita
kredit gambar – sini.com.my
Seperti kubu di Kota A’Famosa, Margherita Port juga dibina untuk melindungi Kuching dari serangan lanun.
Ia telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1879. Nama kubu ini diambil bersempena nama isteri kesayangannya, Renee Margaret.
Binaan kubu ini menyerupai sebuah kota lama Inggeris. Ia pernah digunakan sebagai Muzium Polis sebelum diserahkan kepada kerajaan Sarawak.
Setelah itu, Margherita Port telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang berkunjung ke bandar ini.
Muzium Tekstil Sarawak
kredit gambar-sumber
Muzium ini telah dibina pada tahun 1909 dan masih kekal hingga ke hari ini. Ia mempamerkan beberapa contoh tekstil tradisional penduduk tempatan di Sarawak seperti kain songket.
Hasil kerja kaum Iban dan Bidayuh seperti topi, tikar dan seni manik turut dipamerkan di sini.
Baca Artikel penuh di : Travelkliq