Incheon bandar Metropolitan yang penuh dengan destinasi menarik
Ini 6 Tempat Menarik Di Incheon Anda Boleh Lawati Dalam Masa 1 Hari Sahaja. Ingatkan Seoul je ada banyak tempat menarik kalau di Korea Selatan ni, tapi di Incheon juga ada banyak port mengagumkan yang anda boleh terokai tau!
Dengan adanya penerbangan terus AirAsia dari Kota Kinabalu ke Seoul baru-baru ini, kami dari I Love Borneo sempat merasai sendiri pengalaman 4 hari 3 malam di Seoul dan juga Incheon.
Destinasi menarik di Korea
Incheon adalah salah satu destinasi penuh dengan pelbagai tempat menarik terutamanya buat para pelancong yang pertama kali menjejak kaki ke Korea.
Hari 3 – Pada hari ketiga, kami berangkat dari Seoul ke Incheon untuk menerokai tempat menarik di Bandar Metropolitan ini.
1. Check in di Harbor Park Hotel (malam)
Dari Seoul, kami bergerak ke Hotel di 217 Jemullyang-ro, Jung-gu, ini pada waktu malam. Menawarkan bilik selesa dan boleh dikatakan agak mewah, Hotel ini memang sesuai buat para pelancong di luar sana. Highlight di sini adalah pemandangan biliknya yang sangat indah; anda boleh lihat bandar Incheon dari bilik (bergantung pada bilik apa yang anda dapat) dan juga makanan yang dihidangkan memang kami beri 5 bintang!
2. Incheon Open Port Tour dengan Buggy Ride
Salah satu aktiviti menarik yang amat dekat dengan Harbor Park Hotel, kami memulakan pagi hari ke-4 di Incheon dengan menaiki buggy ride untuk melihat sendiri betapa indahnya seni bina bangunan di Chinatown dan Fairy Tale Village di sini.
Kami juga sempat melawat Incheon Citizen’s House di 74, Sinpo-ro 39beon-gil, Jung-gu, yang merupakan rumah tradisional bersejarah yang mendedahkan pelbagai warisan masyarakat di Korea. Seni bina unik rumah ini akan membuat anda jatuh cinta dan ia juga adalah salah satu port yang paling menarik untuk ambil gambar OOTD.
3. Makan tengah hari di Oakwood Hotel Buffet
Buat penggemar Buffet di luar sana, anda perlu cuba Buffet di Korea sekurang-kurangnya sekali seumur hidup! Memang truly worth it lah. Pelbagai jenis makanan disediakan daripada Korean Beef, Lamb, (*disclaimer bagi yang muslim, kami sarankan agar anda ambil menu makanan laut kerana daging yang digunakan adalah tidak halal) Salmon, Sashimi, Unagi dan semestinya dessert menarik menanti anda. Yang paling kami suka di sini adalah Blue Fin Tuna mereka!
3. Museum of Word Writing System
Salah satu tempat yang wajib anda lawati di Incheon adalah Museum of Word Writing System yang terletak di 217, Central-ro, Yeonsu-gu ini. Bukan sahaja museum ini boleh memberikan anda ilmu pengetahuan mengenai bagaimana budaya dan sejarah dunia melalui tamadun purba dari percakapan hingga penulisan, malah anda juga boleh melihat keindahan museum interaktif ini.
4. Inspire Entertainment Resort
Trust me this place will blow your mind, terletak di 127 Gonghangmunhwa-ro, Jung-gu, Incheon, Inspire Entertainment Resort merupakan Hotel lima bintang yang mempunyai Arena Persembahan, Taman Air Indoor, Ballroom terbesar di Korea Selatan, Kasino khas untuk pelancong sahaja, Digital Entertainment street, pusat beli belah dan banyak lagi yang lain. Menariknya di sini adalah Digital Entertainment Street mereka di mana anda boleh melihat tayangan 3D Istimewa setiap 30 minit. Memang magical lah!
5. Eunhaeng Namu Jib
Dah puas mengembara dan menerokai tempat baharu, pastilah tiba masanya untuk mengisi perut dengan jamuan menarik. Kali ini, kami menjamu selera di Eunhaeng Namu Jib di mana kami disajikan menu lazat iaitu Haemul-jeon (Seafood Pancake), Saengson-gui (Grilled Fish) dan pelbagai jenis side dishes menarik.
6. MADELIM Cafe
Cafe yang luar dari imaginasi, MADELIM Cafe di 42, Yongyuseo-ro 479beon-gil, Jung-gu, Incheon ini sungguh luar biasa. Daripada sebuah gereja yang berusia 120 tahun, kini ia menjadi cafe yang amat luas di mana setiap tingkat mempunyai seni bina berbeza. Minuman menarik yang paling kami sarankan anda untuk cuba adalah Winter Chestnut Cafe, Seolhyang Strawberry Latte dan Mojito Coffee. Selain dari minuman, pastri menarik juga ada di sini!
Dengan adanya penerbangan terus AirAsia dari Kota Kinabalu ke Seoul, anda kini boleh menikmati tawaran menarik untuk melancong ke destinasi menarik di luar negara dengan tambang murah! Jika anda ingin melihat tempat-tempat menarik serta budaya yang indah di Korea, anda juga boleh lihat media sosial Korea Tourism Organization atau laman web mereka di sini.