• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Personaliti Kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, Terkenal Di Dunia Antarabangsa

Oleh
ILB - AI
28 April 2023
Kongsi
6 Min Bacaan

Kehebatan mereka ini diktiraf di arena antarabangsa. Antaranya ialah dalam bidang perfileman dan industri kreatif.

5 Personaliti Kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, Terkenal di Dunia Antarabangsa. Tidak dinafikan Sarawak mempunyai ramai bakat seni  yang hebat dan berjaya. Tak usah menyebut nama yang sering didengari seperti Dayang NurFaizah, Noh Salleh, Hafiz, atau Watson Nyambek. Mereka memang sudah dikenali dan diketahui, tetapi beberapa orang yang ‘bersinar’ dan terkenal di Amerika Syarikat dan Eropah yang kita terlepas pandang.

Isi Isi Penting
  • 1. Henry Golding– Pelakon hebat dengan wajahnya yang tampan serta berbakat
  • 2. James Wan– Pengarah paling ‘hits’ dengan filem- filem yang mantap
  • 3. K.K Moggie– Bakat yang menakjubkan di dalam filem Anna and the King
  • 4. Zee Avi– Penyanyi terkenal dengan kebolehan bermain ukelele
  • 5. Jason Desmond Anthony Brooke– Cicit Rajah Brooke, pemerintah Sarawak
5 Personaliti Kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, Terkenal Di Dunia Antarabangsa
Sumber: Kelly Sullivan

1. Henry Golding– Pelakon hebat dengan wajahnya yang tampan serta berbakat

Henry Golding atau nama sebenarnya Henry Ewan Golding ialah seorang pelakon, model, dan pengacara Malaysia yang dilahirkan pada 5 Februari 1987. Beliau terkenal dengan wataknya dalam filem Crazy Rich Asians dan A Simple Favor. Kedua-dua filem tersebut diterbitkan pada tahun 2018. Henry Golding dibesarkan di Sarawak selepas dilahirkan di Betong. Ibunya, Margaret Likan Golding adalah rakyat Malaysia berketurunan Iban. Bapanya, pula, Clive Golding, berasal dari United Kingdom. Difahamkan, beliau menghabiskan hampir 5 tahun zaman kanak-kanaknya di Terengganu, pantai timur Malaysia, sebelum berpindah ke Surrey, England, pada usia 8 tahun dan bersekolah di The Warwick School, Redhill.

Selepas bekerja sebagai pendandan rambut di Sloane Street di London selama beberapa tahun, dia berpindah ke Kuala Lumpur pada usia 21 tahun untuk meneruskan kerjaya lakonannya.

5 Personaliti Kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, Terkenal Di Dunia Antarabangsa
Sumber: IndieWire

2. James Wan– Pengarah paling ‘hits’ dengan filem- filem yang mantap

Sementara itu, James Wan adalah penerbit, penulis skrip, dan pengarah filem berbangsa Cina Malaysia yang dilahirkan pada 26 Februari tahun 1977 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Sebelum menjadi popular di industri film, James Wan membuat film pertamanya Stygian bersama Shannon Young. Film tersebut telah mendapat penghargaan ‘Best Guerrilla Film’ pada Melbourne Underground Film Festival tahun 2000.  Produser di perusahaan film AS Evolution sangat menyukai gaya James Wan dan lakonan Whannell, lalu meminta mereka untuk membuat filem pendek. James Wan dan Whannell akhirnya terbang ke Amerika untuk casting dan membuat penggambaran film berjudul Saw (2004). Sejak saat itu James Wan dan Whannel berkolaborasi dalam dua scenario; Dead Silence (2007) dan film horror Indidius (2011).

Antara filem yang ‘hits’ atau ‘panas’ arahan James Wan termasuklah Insidious (2011), The Conjuring and Insidious: Chapter 2 (2013), Furious 7 (2015), The Conjuring 2 (2016), dan Aquaman (2017). Semua filem box office hollywood ini dihasilkan oleh pemuda Cina kelahiran Kuching yang berhijrah ke Australia sebelum namanya meledak di Hollywood.

5 Personaliti Kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, Terkenal Di Dunia Antarabangsa
Sumber: Broadway World

3. K.K Moggie– Bakat yang menakjubkan di dalam filem Anna and the King

Manakala, K.K Moggie berasal dari Kuching, Sarawak, beliau mempunyai portfolio Hollywood sendiri. Pada tahun 2003, beliau membintangi filem Sleeping Dictionary bersama Jessica Alba. Bagaimanapun, bakatnya mula diiktiraf dalam filem Anna and the King pada tahun 1999.

Seterusnya, beliau turut membintangi beberapa filem dan rancangan TV di Amerika Syarikat, termasuk Home dan Audition. K.K Moggie ialah kaum Iban yang telah melebarkan sayapnya di Hollywood. Rakyat Sarawak bangga dengan pencapiannya kerana mengharumkan nama Sarawak.

5 Personaliti Kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, Terkenal Di Dunia Antarabangsa
Sumber: The Vibes

4. Zee Avi– Penyanyi terkenal dengan kebolehan bermain ukelele

Sudah pasti kalau sebut nama Izyan Alirahman tidak ada siapa yang tahu, kerana itu adalah nama sebenar  Zee Avi, anak kelahiran Miri, Sarawak. Jadi, dah kenal ke belum? Suara serak-serak basah dengan irama soul dan pop indie yang mantap telah menarik minat Penerbit Patrick Keller dari Amerika Syarikat untuk mengembangkan bakat nyanyian Zee Avi di Amerika Syarikat. Minat beliau bermain gitar dan membuat persembahan di kelab muzik indie di Amerika Syarikat ketika beliau belajar disana dalam bidang reka fesyen pada tahun 2009.

Untuk makluman, Associated Press International telah meletakkan Zee Avi sebaris dengan penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Mariah Carey dan Black Eye Pea. Hebat sungguh anak bangsa bumi kenyalang ini, bangga orang Miri.

5 Personaliti Kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, Terkenal Di Dunia Antarabangsa
Sumber: Wikidata

5. Jason Desmond Anthony Brooke– Cicit Rajah Brooke, pemerintah Sarawak

Tak perlu diperkenalkan lagi kerana cicit Rajah Brooke pemerintah Sarawak ini amat sinonim dengan Sarawak. Sering melakukan kerja-kerja kebajikan menerusi yayasan warisan keluarga Brooke bagi membantu anak-anak Sarawak dan memelihara legasi pemerintahan Datuk dan Moyangnya yang pernah memerintah Sarawak. Semoga beliau kekal bertakhta di hati rakyat Sarawak walaupun tiada kuasa pentadbiran di sini. Namun, keprihatinannya terhadap rakyat Sarawak adalah gambaran peninggalan datuknya yang ditinggalkan lebih setengah abad lalu.

Betapa bangganya kita sebagai Bumi Kenyalang mempunyai anak-anak Sarawak yang mempunyai darah daging etnik Sarawak dan masih sayangkan Sarawak sebagai Tanah Air walaupun bertapak di luar negara. Mereka masih menjadi kebanggaan Sarawak!

Lagi cerita menarik buat anda disini:

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua
Dinobat Miss Universe Malaysia 2020, Jelitawan Sarawak Gegarkan Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Bantu Gaya Hidup Jadi Lebih Sihat, Jom Lihat 5 Kebaikan Self-Healing
Next Article 5 Kebaikan Minum Kopi Untuk Kesihatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?