• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Maut, Putus Tangan Kiri Tong Minyak Hidraulik Meletup Di Sibu

Oleh
Aina Musa
19 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Maut, Putus Tangan Kiri Tong Minyak Hidraulik Meletup Di Sibu

Takziah buat keluarga mangsa

Lelaki Maut, Putus Tangan Kiri Tong Minyak Hidraulik Meletup Di Sibu. Seorang lelaki berusia 37 tahun maut apabila tong minyak hidraulik meletup di sebuah Pusat Kitar Semula di Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 1.30 petang.

Lelaki Maut, Putus Tangan Kiri Tong Minyak Hidraulik Meletup Di Sibu. Sumber: The Borneo Post

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu bersama pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pihak polis menjumpai seorang lelaki terbaring di atas tanah dan disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan putus tangan kiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, punca kejadian dipercayai mangsa telah memotong batang besi di atas sebuah tong minyak jenama ‘Repsol’ dengan menggunakan pemotong oksigen.

“Akibat kepanasan tong minyak hidraulik tersebut telah mengembang dan meletup sehingga mengakibatkan kecelakaan pada diri mangsa,” jelasnya.

Katanya, kejadian ini tidak mengakibatkan kerosakan atau kecederaan yang lain dan tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dalam kes tersebut.

Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat yang akan dijalankan pada 19 April ini bagi mengetahui punca kematian.

Kes diklasifikasi sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan pihak polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Sebab Mengapa Penerbangan Ke Sabah Sarawak Dihentikan Serta Merta Selepas Gunung Ruang Meletus
Polis Berkas Suspek Lelaki Disyaki Bunuh Bapa Saudara Di Senadin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesta Makanan Borneo (ASEAN) Bakal Diadakan Pada 29 Jun-14 Julai Di MJC Batu Kawah
Next Article 59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini 59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?