• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Positif, 1 Kluster Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini, Kuching Berpotensi Kembali Zon Merah

Oleh
Ismail NA
19 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Mohon berjaga-jaga.

6 Positif, 1 Kluster Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini, Kuching Berpotensi Kembali Zon Merah. Menerusi kenyataan media JPBN Sarawak hari ini, terdapat 6 kes positif terbaharu yang dilaporkan hari ini. 6 kes positif ini terdiri daripada 1 kes saringan kendiri, 2 kes saringan kontak rapat, 1 kes saringan rawak guru balik bertugas ke Sarawak dan 2 kes saringan rawak kemasukan pelawat melalui Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Isi Isi Penting
  • Mohon berjaga-jaga.
  • 1 kluster baru iaitu Kluster Jeti
  • Kes di Kuching kini cecah 29 kes
  • Rakyat tempatan diingatkan untuk sentiasa patuhi SOP
  • Baca juga artikel berkaitan :

Kesemua kes yang dikesan hari ini adalah di Kuching.

1 kluster baru iaitu Kluster Jeti

Selain itu, terdapat 1 kluster baru juga dikesan di Kuching iaitu Kluster Jeti. 2 kes telah dikesan di Jeti Kapal Perikanan di Pending, Sarawak.

Oleh yang demikian, sebanyak 7 kluster aktif disahkan di Sarawak iaitu Kluster Tapak Pembinaan, Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jupiter, Kluster Pasar Stutong, dan Kluster Jeti.

Kluster Kidurong di Bintulu pula telah tamat hari ini dengan hanya 8 orang disahkan positif daripada 230 individu yang disaring. Kes terakhir dikesan pada 6 Julai yang lalu dan tiada kes positif baharu dilaporkan sehingga ke hari ini.

Tiada kes sembuh dan discaj baru dilaporkan pada hari ini.

Kes di Kuching kini cecah 29 kes

Pertambahan kes pada hari ini menjadikan kes aktif di Kuching sahaja melonjak kepada 29 kes. Kes keseluruhan di Sarawak pula kini mencecah 35 kes yang sedang dirawat di hospital.

6 Positif, 1 Kluster Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini, Kuching Berpotensi Kembali Zon Merah
6 Positif, 1 Kluster Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini, Kuching Berpotensi Kembali Zon Merah

Sekiranya peningkatan ini mencapai angka 40 kes pada beberapa hari yang akan datang, Kuching berpotensi untuk kembali menjadi zon merah.

Sudah tentu situasi ini akan kembali merencatkan ekonomi serta rutin harian penduduk tempatan.

Rakyat tempatan diingatkan untuk sentiasa patuhi SOP

Dengan peningkatan kes yang semakin banyak saban hari, warga Sarawak terutamanya di selatan negeri ini diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial dan kebersihan diri.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada kawasan sesak dan ramai selain hanya keluar apabila benar-benar perlu sahaja.

Kerjasama untuk membendung pandemik ini bukan terletak pada bahu pihak berkuasa serta petugas barisan hadapan sahaja, tetapi juga tugas setiap masyarakat untuk sentiasa hidup dalam norma baharu.

Sentiasa patuhi SOP. Biasakan diri dengan norma baharu sehingga vaksin ditemui kelak. Kita pasti boleh.

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini
Next Article "Antara Guna Secara Betul Atau Tanggal Sepenuhnya," KKM Kongsi Cara Pemakaian Topeng Muka Dengan Betul “Antara Guna Secara Betul Atau Tanggal Sepenuhnya,” KKM Kongsi Cara Pemakaian Topeng Muka Dengan Betul

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?