fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ditangguh Sehingga 3 Ogos, Semua Sekolah Di Kuching, Padawan Dan Samarahan Masih Ditutup

Kedung BK Oleh Kedung BK
14 Julai 2020
Ditangguh Sehingga 3 Ogos, Semua Sekolah Di Kuching, Padawan Dan Samarahan Masih Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Ditutup sehingga 3 Ogos

Ditangguh Sehingga 3 Ogos, Semua Sekolah Di Kuching, Padawan Dan Samarahan Masih Ditutup. Terkini, diumumkan semua sekolah di Kuching, Padawan dan Samarahan akan ditutup sehingga 3 Ogos.

Keputusan ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak susulan sebuah kluster terbaharu dikesan di Kuching baru-baru ini dan kes penularan COVID-19 di Daerah Kuching yang semakin meningkat.

ADVERTISEMENT
Ditangguh Sehingga 3 Ogos, Semua Sekolah Di Kuching, Padawan Dan Samarahan Masih Ditutup
Ditangguh Sehingga 3 Ogos, Semua Sekolah Di Kuching, Padawan Dan Samarahan Masih Ditutup

Hanya Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas diteruskan seperti biasa

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media terkini, beliau berkata penangguhan tersebut akan membabitkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga 4, Tingkatan 6 Rendah, dan sekolah rendah melibatkan Tahun 5 dan 6 yang dijadual bermula 15 Julai dan sekolah rendah bagi Tahun 1 hingga 4.

“Sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti adalah sebanyak 138 buah sekolah. Ianya melibatkan sebanyak 87 buah sekolah di Daerah Kuching, 48 buah sekolah di Daerah Padawan dan 3 buah sekolah di Daerah Samarahan.

Bagi kelas Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa,” ujarnya lagi.

Bagi sekolah-sekolah kawasan hijau yang di luar Daerah Kuching, Padawan, dan Samarahan, jadual pembukaan sekolah akan bermula seperti dijadualkan iaitu pada 15 Julai 2020.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

ADVERTISEMENT

Penangguhan tersebut dibuat selepas dinasihati oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak).

Berikut adalah senarai nama sekolah yang terlibat:

ADVERTISEMENT
Kredit: UKAS
Kredit: UKAS
Kredit: UKAS
Kredit: UKAS
Ditangguh Sehingga 3 Ogos, Semua Sekolah Di Kuching, Padawan Dan Samarahan Masih Ditutup
Kredit: UKAS

Baca lagi disini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy