• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Oleh
Ismail NA
17 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Harap orang Sarawak terus berjaga-jaga.

Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini. Rakyat di Sarawak nampaknya untuk tidak berasa terlalu selesa dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kerana jumlah kes kembali meningkat sejak kebelakangan ini.

Isi Isi Penting
  • Harap orang Sarawak terus berjaga-jaga.
  • Kes dikesan di Kuching, Samarahan dan Bintulu
  • Kebanyakannya penularan tempatan, tidak bergejala
  • “Anggap sebagai gelombang kedua” – Uggah
  • Tiada kes pulih baharu, pertambahan 23 PUI hari ini
  • Lagi artikel berkaitan :

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan terdapat 10 kes positif baharu yang dikesan di Sarawak hari ini. Ini menjadikan jumlah kes sebanyak 594 kes setakat ini.

Kes dikesan di Kuching, Samarahan dan Bintulu

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6 kes dilaporkan di bahagian Kuching, 2 kes di Samarahan dan 2 kes di Bintulu. Sebanyak 2 kes melibatkan bukan warganegara, 4 kes import warganegara, serta 4 kes tempatan warganegara.

Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini
Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Kes import yang melibatkan warganegara adalah daripada individu yang pulang dari luar negara dan kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

Kebanyakannya penularan tempatan, tidak bergejala

Kebanyakan kes baharu yang dikesan setakat ini ialah kes yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau dikategorikan sebagai penularan tempatan. Bukan itu sahaja, kes positif juga kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom.

Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Sebanyak 2 kluster baru juga telah dikesan setakat ini iaitu Kluster Kapal LNG Jupiter dan Kluster Pusat Perubatan Swasta Kuching.

“Anggap sebagai gelombang kedua” – Uggah

Jumlah tersebut menjadikan negeri ini kembali mencatatkan kes positif dua angka. Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut menganggap bahawa ini merupakan permulaan gelombang kedua pandemik di Sarawak.

Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Sehubungan itu, pihak JPBNS telah memberi arahan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk bersedia dengan kemungkinan kes yang memuncak. Keperluan keselamatan petugas kesihatan seperti PPE juga akan disemak semula bagi mengelakkan kekurangan peralatan semasa musim kemuncak pandemik.

Tiada kes pulih baharu, pertambahan 23 PUI hari ini

Hari ini juga menyaksikan tiada kes pulih dan discaj baharu dengan 22 pesakit masih berada di wad isolasi.

Selain itu, terdapat pertambahan bilangan PUI iaitu 23 individu. 2 lagi individu sedang menunggu keputusan ujian makmal.

Sentiasa jaga kesihatan dan keselamatan anda. Patuhi SOP, elakkan berada di tempat yang sesak, sentiasa memakai pelitup muka, jaga kebersihan dan penjarakan sosial.

Bersama kita perangi pandemik ini habis-habisan!

Lagi artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KKM Menang Anugerah Jenama Dunia BrandLaureate 2020, Tahniah!
Next Article 6 Positif, 1 Kluster Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini, Kuching Berpotensi Kembali Zon Merah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?