I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: 8.5K Liter Diesel Dirampas, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan KPDNHEP
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

8.5K Liter Diesel Dirampas, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan KPDNHEP

Oleh Kedung BK 4 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
8.5K Liter Diesel Dirampas, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan KPDNHEP

16 unit kontena ditemui semasa serbuan tersebut

8.5K Liter Diesel Dirampas, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan KPDNHEP. Dilaporkan seorang lelaki di Miri telah ditahan selepas didapati memiliki 8,500 liter diesel.

Lelaki terbabit ditahan susulan serbuan dibuat oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah premis di Miri hari ini.

8.5K Liter Diesel Dirampas, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan KPDNHEP

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM34,275

Menurut laporan, lelaki berusia 30-an itu didapati memiliki diesel dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai RM34,275.

16 unit kontena, 8,500 diesel dan sebuah pam elektrik telah dirampas semasa serbuan tersebut.

Difahamkan, operasi serbuan itu telah dibuat berikutan maklumat dan pemantauan selama tiga minggu ke atas premis terbabit, yang terletak di Riam.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Seksyen 21 akta sama.

Sumber: The Borneo Post

Lima lagi ditahan memiliki 1,693 liter diesel bersubsidi

Dalam berita berasingan, lima lelaki turut ditahan di sebuah stesen minyak di Morsjaya, Miri kerana memiliki 1,693 liter diesel bersubsidi hasil serbuan bersama KPDNHEP dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-12.

Kelima-lima suspek termasuk seorang pekerja stesen minyak berusia antara 19 dan 50 tahun itu ditahan kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan diesel bersubsidi.

Gambar sekadar hiasan.

Empat kenderaan pacuan empat roda membawa diesel dirampas dalam serbuan terbabit, dengan setiap kenderaan mempunyai tangki tambahan yang telah diubah suai dan diletakkan di bahagian belakang – dipercayai digunakan untuk penyelewengan bahan api diesel bersubsidi di stesen minyak itu.

Setelah diperiksa, pemilik kenderaan tidak mempunyai sebarang dokumentasi daripada pengawal bekalan berhubung pemilikan barang kawalan tersebut.

Sumber: The Borneo Post

Secara keseluruhan, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM210,639.95 termasuk harga barang kawalan RM3,639.95 dan kenderaan RM207,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexon Naga Chabu, bekalan hanya boleh diperoleh daripada pengedar sah dan mereka yang terlibat dalam kegiatan mencuri diesel bersubsidi akan dikenakan tindakan tegas terhadap mereka.

Ketahui mengapa minyak subsidi hanya boleh digunakan oleh warga Malaysia:

Lagi di sini:

SUMBER : THE BORNEO POST, THE BORNEO POST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Dikatakan Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air
Next Article Cubaan Pecah Rumah Tak Jadi, Pencuri Rembat Kasut Sempat Dirakam CCTV Pemilik Di Sabah Cubaan Pecah Rumah Tak Jadi, Pencuri Rembat Kasut Sempat Dirakam CCTV Pemilik Di Sabah

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?