• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti’s Signature Metrocity

Oleh
Husna Hazmi
23 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ada banyak lagi perisa aiskrim menarik menanti anda di sini!

Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti’s Signature Metrocity. Bagi sesiapa yang mempunyai sweet tooth di luar sana atau sesiapa yang gemarkan makanan manis dan sejuk, anda perlu cuba aiskrim lazat di Mokti’s Signature di Kuching.

Merupakan aiskrim jenama Malaysia, Mokti’s Signature telah membuka cawangan pertamanya di Borneo yang terletak di Metrocity, Matang.

Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti's Signature Metrocity
Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti’s Signature Metrocity. Kredit foro: FB Mokti’s Signature Kuching

Cawangan di Borneo merupakan yang ke 90

Kedai aiskrim ini sudah berjaya mengembangkan perniagaan mereka di Semenanjung dengan membuka sebanyak 89 cawangan dan cawangan yang baharu ini merupakan yang ke 90 buat mereka.

Apa yang uniknya di Mokti’s Signature cawangan pertama Borneo ini adalah mereka menyediakan menu aiskrim gelato dengan perisa yang amat unik. Buah kegemaran rakyat Sarawak iaitu buah engkalak dan buah asam embang dijadikan inspirasi untuk membuat aiskrim gelato di sini.

Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti's Signature Metrocity
Kredit foro: Afick Wazai

Rasa unik penuh lemak buah engkalak digabungkan dengan gula apong kemudian diolah menjadi aiskrim premium memang merupakan idea bernas sekali! Sorbeto perisa Asam Embang mereka juga memang menepati citarasa penduduk tempatan.

Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti's Signature Metrocity
Kredit foro: Afick Wazai
Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti's Signature Metrocity
Kredit foro: FB Mokti’s Signature Kuching

Menu menarik yang lain

Selain daripada dua menu unik tersebut, mereka juga mempunyai menu menarik yang lain seperti Dragon Fruit Soberto, Berries and Chili Soberto, Pistachio, Snickers, Teh Tarik, Milo dan banyak lagi.

Buat anda di luar sana yang suka mencuba sesuatu yang baru, anda perlu singgah ke Mokti’s Signature untuk menikmati aiskrim premium lazat dan unik.

Lagi port aiskrim lokal menarik buat anda:

Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40
Aiskrim Lokal Yang Sangat Berbaloi, Kedai Ice-Dream Di Bintawa Hilir Ini Bakal Buat Anda Ketagih
Peminat Frozen Yogurt! Kini Anda Boleh Menikmati Menu Lazat Ini Di Desserto Sweet Ice Cream Kuching
SUMBER :FB Mokti's Signature Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cuba Campak Dadah Elak Ditahan, Polis Miri Tahan Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM9,800
Next Article Pertama Untuk Pasukan Tenis Sukma Sarawak, Beregu Lelaki Sumbang Emas Pertama Untuk Pasukan Tenis SUKMA Sarawak, Beregu Lelaki Sumbang Emas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?