• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Agong Murka, Titah Tindakan Keras Isu Stoking KK Super Mart Berkalimah Allah

Oleh
Farisha
20 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Yang di-Pertuan Agong murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah

Agong Murka, Titah Tindakan Keras Isu Stoking KK Super Mart Berkalimah Allah. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, amat murka mengenai isu penjualan stoking bertuliskan kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Yang di-Pertuan Agong semalam, Baginda menitahkan agar tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Agong Murka, Titah Tindakan Keras Isu Stoking KK Super Mart Berkalimah Allah
Agong Murka, Titah Tindakan Keras Isu Stoking KK Super Mart Berkalimah Allah. Sumber: Facebook

Kalimah Allah dipandang sangat tinggi dalam sanubari umat Islam

Sultan Ibrahim menegaskan bahawa kalimah Allah dipandang sangat tinggi dalam agama Islam dan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, atau barangan import atau pengeluaran tempatan, Baginda mengarahkan penyiasatan menyeluruh dan tindakan tegas diambil mengikut undang-undang yang ada supaya perkara itu tidak berulang.

Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, Baginda mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya 

Sultan Ibrahim berasa sukar mempercayai syarikat tempatan yang pekerja-pekerjanya warganegara Malaysia tidak peka mengenai kepentingan menjaga kesucian kalimah Allah.

Semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lepas, Baginda telah menekankan kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk dan menghormati antara satu sama lain, termasuk isu agama, kaum dan institusi Raja.

Kesilapan isu agama tidak boleh diulangi dalam masyarakat majmuk

Sultan Ibrahim berasa kecewa kerana hanya selepas peringatan itu, isu stoking tersebut timbul.

“Kesilapan seperti ini tidak boleh diterima lagi setelah sekian lama negara mengamalkan kehidupan bermasyarakat majmuk,” titah Seri Paduka Baginda lagi.

Sementara itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim juga menggesa tindakan tegas diambil supaya perkara sedemikian tidak berulang di masa depan.

10 cawangan Sarawak KK Super Mart mohon maaf

Dalam pada itu, 10 cawangan KK Super Mart di seluruh Sarawak, bersama lebih 800 kedai di rangkaian kedai serbaneka di seluruh Malaysia, mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka melalui paparan juruwang elektronik.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Isu Jual Stokin Berkalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf
Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Ditegur Bergaduh Dengan Isteri, Penganggur Tumbuk Ibu Dipenjara Di Kuching Berang Ditegur Bergaduh Dengan Isteri, Penganggur Tumbuk Ibu Dipenjara Di Kuching
Next Article SFC Kini Giat Tangkap Buaya Di Sepanjang Sungai Sarawak SFC Kini Giat Tangkap Buaya Di Sepanjang Sungai Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?