• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berang Ditegur Bergaduh Dengan Isteri, Penganggur Tumbuk Ibu Dipenjara Di Kuching

Oleh
Aina Musa
20 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Berang Ditegur Bergaduh Dengan Isteri, Penganggur Tumbuk Ibu Dipenjara Di Kuching

Berang ditegur jangan bergaduh bersama isteri

Berang Ditegur Bergaduh Dengan Isteri, Penggangur Tumbuk Ibu Dipenjara Di Kuching. Seorang penganggur lelaki dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching selepas mengaku bersalah menumbuk ibunya, gara-gara berang apabila ditegur supaya tidak bergaduh dengan isteri.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Muhammad Arman Bohari, 23, untuk dikuatkuasakan mulai semalam.

Berang Ditegur Bergaduh Dengan Isteri, Penganggur Tumbuk Ibu Dipenjara Di Kuching. Sumber: The Borneo Post

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan ibu kandungnya yang berusia 46 tahun dalam satu kejadian pada 14 Mac 2024, sekitar jam 6.30 petang di sebuah rumah di Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Fakta kes mendedahkan tertuduh naik angin apabila mangsa menegurnya supaya tidak bergaduh dengan isteri.

Tertuduh pada waktu itu seterusnya bertindak menumbuk mangsa menggunakan tangan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan muka.

Semasa kejadian itu juga, tertuduh membaling sebilah pisau pemotong sayur ke arah mangsa, namun ia berjaya dielak oleh mangsa.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan ini membawa kepada penangkapan tertuduh pada 15 Mac 2024.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Guna Tong Gas Di Miri
Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Impian Mengangkat What About Kuching Setaraf Edinburgh Festival Fringe
Next Article Agong Murka, Titah Tindakan Keras Isu Stoking KK Super Mart Berkalimah Allah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?