• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching

Oleh
ILB - AI
20 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching

Luahan terpendam kerana hati sudah tersakiti beberapa kali.

Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching. Nama pun hati manusia. Jika sekali, boleh lagi bersabar. Tetapi kalau sudah beberapa ’diuji’ perkara yang sama, sesiapa pun yang terkena pasti sakit hati. Ini yang berlaku kepada seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook, Khairul Hiri.

Luahan yang dikongsikan beliau adalah berkaitan dengan servis yang ditawarkan kepada pelanggan dari pekerja di salah satu premis makanan di Kuching yang agak tidak memuaskan. Mungkin kalau berkali-kali terjadi kepada beliau, boleh sudah dikategorikan sebagai servis teruk!

Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching
Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching. Sumber gambar: FB Khairul Hiri

Ada saja yang kurang dan tidak kena setiap kali kunjungan.

Menurut perkongsian beliau, pada kunjungan kali pertama, para pekerja memaklumi bahawa ketiadaan sambal untuk hidangan mereka. Bagi Khairul, hal ini wajar kerana beliau memahami kerana perniagaan ini bukan perniagaan yang biasa, yang tiada penjenamaan. Jadi, penggunaan bahan atau sambal tidak boleh sebarangan atau lebih menjaga ‘quality control’.

Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching
Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching. Sumber gambar: FB De Arie

Tidak habis disitu, kunjungan kali kedua tetap ada yang kurang pada servis mereka. Kunjungan yang dianggar beliau terjadi pada bulan Jun yang lepas agak kurang memuaskan apabila pekerja memberitahu bahawa periuk nasi mereka telah rosak. Sekali lagi, Khairul memahami keadaan kerana mungkin ini yang dinamakan masalah teknikal di tempat kerja.

Kejadian kali ketiga pula apabila makanan tidak dapat dibungkus atau ”tapau” kerana kehabisan stok kontena untuk membungkus makanan. Sabar lagi walaupun setiap kali kunjungan pasti ada yang tidak kena. Pendam lagi.

Kunjungan keempat, kemuncak!

Namun, kesabaran Khairul mulai menipis dan kunjungan kali keempat adalah kemuncaknya! Kunjungan kali keempat ini telah menyebabkan Khairul Hiri meluah segalanya tentang kunjungan sebelumnya yang hanya dipendam. Beliau sangat tidak berpuas hati untuk kunjungan kali keempat ini apabila pada pukul 11.35 pagi beliau datang, satu menu hidangan pun belum tersediakan.

Nasi? Belum masak. Sayur? Belum disediakan. Hal ini sangat tidak wajar. Mula beroperasi pukul 10 pagi, tidak mungkin pukul 10 baru nak sedia semuanya, kan? Bagi Khairul, ini bukan operasi ’level’ warung tepi jalan. Kekecewaan beliau ini telah tular kerana bukan Khairul seorang yang pernah mengalami situasi ’servis teruk’ ini.

Ini antara perkongsian oleh netizen lain di ruangan komen di akaun milik Khairul.

Diharapkan pihak yang dimaksudkan lelaki ini boleh bertindak sewajarnya untuk mengekalkan nama baik perniagaan mereka kerana jika ditanya kepada orang awam yang lain, siapa yang tidak kenal dengan penjenamaan ini dengan lagunya yang terkenal dengan bunyi kokokkan ayam dihujungnya.

Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching
Pekerja Sering Bagi Alasan, Lelaki Ini Dedah Servis Teruk Premis Makanan Di Kuching. Sumber gambar: FB Khairul Hiri

Untuk tempat makan yang menarik dengan servis ’tiptop’, anda boleh kunjungan tempat yang ada di artikel berikut:

Ini 6 Port Makan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Saradise Kuching

Tak Payah Tunggu Kenduri Kahwin, Jom Makan Nasi ‘Pengilan’ Di Kerencheng Metrocity
SUMBER :FB Khairul HIriFB De Arie
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ahli Politik Sarawak Mahu Persediaan Sambutan Hari Kebangsaan Di Sarawak Diberhentikan Ahli Politik Sarawak Mahu Persediaan Sambutan Hari Kebangsaan Di Sarawak Diberhentikan
Next Article Masuk Malaysia Book Of Records, Dua Singa Hakka Di Kuching Cipta Rekod Kostum Terbesar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?