• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Diarah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan Gara-Gara Bergurau Guna Pistol Mainan Di Metrocity

Oleh
Aina Musa
3 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Diarah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan Gara-Gara Bergurau Guna Pistol Mainan Di Metrocity

Bergurau guna pistol mainan

Lelaki Diarah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan Gara-Gara Bergurau Guna Pistol Mainan Di Metrocity. Seorang lelaki yang menggunakan pistol mainan untuk mengusik rakannya pada bulan lepas telah dikenakan bon keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd Hazrul Andika Abdullah, 25 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Lelaki Diarah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan Gara-Gara Bergurau Guna Pistol Mainan Di Metrocity
Lelaki Diarah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan Gara-Gara Bergurau Guna Pistol Mainan Di Metrocity. Sumber: The Borneo Post

Berdasarkan fakta kes, pihak polis telah menahan Mohd Hazrul pada 23 Jun berhubung video tular yang memaparkan seorang lelaki sedang mengacukan objek yang disangka pistol ke arah lelaki lain yang sedang duduk di dalam kereta parkir di hadapan sebuah pasar raya di Metro City di sini.

Siasatan mendapati objek tersebut hakikatnya adalah pistol mainan dan tidak berupaya untuk melepaskan sebarang jenis peluru.

Disahkan bahawa tindakan tertuduh semata-mata bertujuan untuk bergurau.

Tertuduh sebelum ini memuat naik video tersebut di status WhatsApp miliknya yang kemudian tular di platform media sosial lain, lantas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang menjalankan pendakwaan manakala Mohd Hazrul tidak diwakili peguam bela.

Baca lagi artikel menarik:

Padah Bergurau Acu Pistol Di Metrocity Matang, Tiga Lelaki Akhirnya Ke Lokap
Menyebabkan Kematian Pemandu Lain, Warga Emas Didenda RM6K Dan Dipenjara 6 Bulan Di Sibu

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lengkap Dengan Food Court, Pantai Tusan Bekenu Kini Dibuka Untuk Orang Ramai Lengkap Dengan Food Court, Pantai Tusan Bekenu Kini Dibuka Untuk Orang Ramai
Next Article AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan Kuala Lumpur Ke Ningbo Di Wilayah Zheijiang AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan KL Ke Ningbo China

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?