• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar KV Keningau Terokai Dunia STEM Dan TVET Di Korea Selatan

Oleh
Farisha
22 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

14 pelajar KV Keningau ke Seoul untuk mendalami bidang TVET dan STEM

Pelajar KV Keningau Terokai Dunia STEM Dan TVET Di Korea Selatan. Seramai 14 pelajar berumur antara 16 hingga 20 tahun dan enam pensyarah dari Kolej Vokasional Keningau (KVC), Sabah, telah mengadakan lawatan pendidikan dan budaya ke Korea Selatan dari 11 hingga 20 September 2024. Program yang dikenali sebagai 2024 Gaja! Korea 2.0 K-TVET Adventure ini adalah hasil kerjasama berterusan antara kolej ini dengan Sekolah Tinggi Teknik Seoul yang bermula pada tahun 2017.

Delegasi ini berpeluang melawat institusi terkenal di negara tersebut iaitu Universiti Yonsei, UNESCO-APCEIU, Seoul Technical High School, Seocho School of Cultural Arts & Information, dan Daedong Middle School dan berjaya menimba pengalaman mendalam berkenaan dengan pembelajaran STEM dan TVET.

Pelajar KV Keningau Terokai Dunia STEM Dan TVET Di Korea Selatan
Pelajar KV Keningau Terokai Dunia STEM Dan TVET Di Korea Selatan

Mereka juga telah menyertai aktiviti budaya dan sukan yang popular di Korea Selatan seperti memakai pakaian tradisional Korea dan bermain dodgeball. Mereka juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik yang terkenal seperti Pulau Nami, Istana Gyeongbokgung dan Pohang Space Walk.

Enam pensyarah tersebut adalah Roseanne Nelson, Brenda Silah, Anita Yasin, Sydney Engelbert, Khalifa Affnan dan PJ Ape, manakala pelajar-pelajar yang menyertai program ini adalah Laetitia Anwen Ng, Zein Bin Azmi, Craig Wilhem, Ad Azwanwell, Avy Chascy Teo, Angela Rusli, Audrey Georgina, Nadiirah Naquyyah, Danish Shah, Bevanny Adelia, Nur Dhaniyah Ag Musdi, Jericho Eleus, Jeovahn Pj Ape dan Elisha Carmen Erick.

Delegasi KV Keningau kembali dengan pengalaman berharga dari Korea

Ketua delegasi dan penyelaras projek, Khalifa Affnan, menjelaskan bertapa pentingnya pengalaman secara langsung dalam mempelajari teknologi dan kemahiran terkini berkaitan STEM dan TVET dan lawatan ke luar negara seperti ini mampu merealisasikan tujuan tersebut. Beliau bertekad untuk menjadikan program ini yang dia telah juga laksanakan pada tahun 2019 sebagai program tahunan.

Pengarah kolej, Nordin bin Akup, menyatakan sokongan penuhnya terhadap inisiatif yang diambil oleh para guru dan pelajar ini dalam mempercepatkan pemindahan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi masa kini. Beliau percaya bahawa usaha ini dapat memastikan kolej tersebut kekal relevan seiring dengan perkembangan teknologi digital yang kian berkembang pesat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Penyanyi KV Keningau Ungguli Pertandingan Idol Peringkat Negeri
Guru Dari Keningau Ini Terima Anugerah Berprestij Sebaris Dengan Barisan Pendidik Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anggota Polis Kantoi Menyamar Jadi Pegawai Kanan Bukit Aman Ditahan Di Kota Samarahan
Next Article Dua Lelaki Mencurigakan Dikesan Di Kuching, Orang Awam Dinasihati Berwaspada

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?