fbpx
Tempat Menarik

Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau

Kalau Di Sabah, Boleh Bah Stay Sini

Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau. Sekiranya anda di Ranau, Sabah, daripada anda menginap di hotel mewah, anda boleh sahaja menginap di rumah inap yang selesa (more privacy too!)

Lengkap dengan pemandangan yang indah serta cuaca yang sentiasa sedap, anda harus cuba tempat-tempat penginapan yang berikut sekiranya anda teringin untuk bercuti di Ranau!

Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau
Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau

Mountain View Lumava Homestay Ranau

Tempat penginapan ini terletak 5-10 minit dari Pekan Ranau, anda akan menikmati pemandangan yang indah dengan adanya pemandangan gunung Kinabalu yang jelas. Selain menikmati pemandangan, anda boleh juga melakukan aktiviti luar seperti memancing di sebuah tasik berdekatan iaitu tasik Lompoyau.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan AirBnB Mantap Di Ranau
Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau
Antara bilik yang disediakan dalam rumah ini.

Sesuai untuk de-stress, anda boleh bersantai di spa ikan Bombon Marakau yang terletak tidak jauh dari homestay ini. Anda juga boleh berkunjung ke Ranau Rabbit Farm yang terletak 10 minit dari tempat penginapan ini. Jika anda inginkan kesenyapan, tempat penginapan ini sesuai untuk anda kerana rumah ini terletak dalam perumahan yang senyap.

Anda akan perlu menyewakan satu rumah sekiranya anda berminat untuk menginap di sini. Ia sesuai juga untuk sekeluarga atau sekiranya anda dan sekumpulan kawan berminat untuk getaway ke sini, malah tempat menginap ini dilengkap dengan kemudahan. Jangan lupa bawa baju panas kerana cuaca di sini sentiasa sejuk terutamanya pada waktu pagi dan waktu malam!

Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau
Pemandangan gunung Kinabalu yang jelas

The Hill Kinabalu, Kundasang, Ranau

Merupakan sebuah tempat menginap yang kecil terletak 6km dari Kundasang, rumah ini menghadap Ranau di satu sisi dan gunung Kinabalu di satu sisi. Penginap akan menikmati pemandangan yang cantik serta kawasan yang luas, sesuai untuk anda yang suka berjalan-jalan sambil menikmati alam semula jadi.

Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau
Rumah sebelah kanan menghadap pekan Ranau, manakala rumah sebelah kiri menghadap pemandangan gunung Kinabalu.
Ini 4 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Ranau
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan AirBnB Mantap Di Ranau

Salah satu ciri-ciri yang menarik adalah dining hall yang besar dan dapur yang memberikan pemandangan gunung Kinabalu yang jelas.

Penginap juga dipersilakan untuk melakukan aktiviti BBQ disini dan sesuai untuk mengadakan parti. Semua bilik dilengkapi dengan bilik mandi masing-masing.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan AirBnB Mantap Di Ranau
Pemandangan dari beranda

Tempat penginapan ini terletak berdekatan dengan Desa Cattle Dairy Farm (iaitu 11.5km dari sini), Poring Hot Spring, Taman Negara Kinabalu, pekan Ranau dan Kundasang, Kundasang War Memorials dan juga Arnab Village.

Pemandangan gunung Kinabalu dari tempat penginapan ini.

Syameen’s Kampunstay FH02 Quad Room

Tempat penginapan ini menyediakan 1 queen bed dan 1 bunk bed (sesuai untuk 4 orang). Berada di aras tinggi berbanding tempat penginapan lain di kawasan ini, ia menawarkan pemandangan padu di mana anda dapat melihat gunung Kinabalu, lembah yang indah dan seluruh bandar Kundasang!

Tempat penginapan yang simple tetapi menawarkan pemandangan yang indah.

Jika anda kunjung pada musim yang tepat, anda berpeluang untuk melihat para petani mengendalikan ladang sayur mereka dan anda boleh juga minta sayur dari mereka!

Pemandangan dari homestay ini, anda boleh lihat seluruh pekan Kundasang!

Kinabalu Mountain Lodge

Sebuah mountain lodge yang sejuk dan selesa, ia terletak berdekatan HQ Taman Kinabalu (2km berjalan kaki), di mana anda dapat menikmati keindahan alam hutan serta menikmati penjalanan kaki dari persimpangan ke rumah ini.

Pemandangan matahari benam dari tempat penginapan.

Sesuai untuk mereka yang minat alam semula jadi, anda akan menikmati penginapan anda disini dikelilingi alam semula jadi iaitu hutan di Taman Kinabalu. Untuk makanan, pihak pengurusan menghidangkan makanan vegetarian sebagai usaha untuk menjadi mesra alam tetapi mereka ada juga menjual makanan ringan, bir, kopi, teh, milo dan mi segera.

Ladang sayur berdekatan.

Amazing Grace Lodge 1

Terletak di tapak warisan dunia Gunung Kinabalu, ia menawarkan bilik dengan pemandangan gunung dan penginap akan menikmati cuaca yang sejuk. Anda juga akan menikmati pemandangan kota Kundasang yang menyegarkan.

Salah satu bilik yang disediakan

Balkoni dan ruang serbagunanya besar dan dapat menampung sebanyak 35 orang. Dapur juga lengkap dengan kemudahan dan tempat BBQ juga disediakan. Bagi peminat flora, homestay ini dikelilingi bunga rare iaitu bunga Balsom dan landskap orkid. Anda juga boleh beri makanan ikan di sebuah kolah berdekatan.

You can even feed the fish in the pond!
Rumah dikelilingi oleh bunga-bunga.

Bah, apa lagi? Belum tahu kalau belum cuba bah kan? Have a pleasant stay, and stay safe!

Lebih lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close