• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki Suara Unik Dan Lunak, Anak Sarawak Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024

Oleh
Husna Hazmi
25 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Anak Sarawak bergelar juara Bintang RTM 2024

Miliki Suara Unik Dan Lunak, Anak Sarawak Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024. Mula tarik perhatian ramai dari akaun media sosial TikTok dengan suara serak-serak basah seakan Jaclyn Victor, Roxy Ixzy kini bergelar juara Bintang RTM 2024.

Setelah tujuh minggu berentap, anak Sarawak yang berusia 26 tahun ini telah berjaya membawa pulang wang tunai RM78,000 dan sebuah kereta Proton Iriz malam tadi.

Miliki Suara Unik Dan Lunak, Anak Sarawak Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024
Miliki Suara Unik Dan Lunak, Anak Sarawak Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024. Kredit gambar: FB Roxy Ixzy

Nyanyian A Woman’ Worth dari Roxy buat ramai terpegun

Pada konsert akhir di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, Roxy Ixzy yang berketurunan Bidayuh itu mempersembahkan lagu A Woman’ Worth nyanyian asal Alicia Keys sekali gus, mengetepikan lima lagi peserta akhir lain.

Untuk segmen kedua pula, Roxy berduet bersama artis jemputan, Hariz Fayahet dengan menyampaikan lagu berjudul Percayalah nyanyian asal Afgan dan Raisa.

Sebelum ini Roxy Ixzy telah tiga kali merangkul gelaran juara mingguan sejak pertandingan itu dimulakan.

Miliki Suara Unik Dan Lunak, Anak Sarawak Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024
Kredit gambar: Kosmo

Bintang RTM 2024 kembali setelah 5 tahun direhatkan

Untuk pengetahuan, pertandingan pencarian bakat Bintang RTM 2024 ini baru kembali semula tahun ini selepas lima tahun direhatkan.

Selama 50 tahun bertahan sejak 1973, pertandingantersebut meneruskan legasi mencari dan mencungkil bakat vokal serta versatil dalam bidang nyanyian dengan memperkenalkan 14 peserta terbaik seluruh negara.

Seramai 14 bakat muda terbaik dipilih pihak penerbitan Bintang RTM 2024 untuk bertarung menonjolkan bakat yang terdiri daripada peserta berusia antara 15 hingga 25 tahun.

BRTM2024 dikemudikan pengacara Awal Ashaari selama enam minggu manakala malam kemuncak turut menyaksikan penyanyi Sissy Iman sebagai hos bersama.

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai Roxy Ixzy di sini:

Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok
Gadis Sarawak Bersuara Serak Basah Rangkul Peserta Terbaik Minggu Pertama Bintang RTM
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking
Next Article Bagaikan ‘Bom Karbon’, Projek Gas Luar Persisir Baharu Di Sarawak Berpotensi Bahayakan Alam – Rimbawatch

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?