• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bagaikan ‘Bom Karbon’, Projek Gas Luar Persisir Baharu Di Sarawak Berpotensi Bahayakan Alam – Rimbawatch

Oleh
Husna Hazmi
25 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Rimbawatch telah mengkritik projek gas baru di Sarawak

Bagaikan ‘Bom Karbon’, Projek Gas Luar Persisir Baharu Di Sarawak Berpotensi Bahayakan Alam – Rimbawatch. Memetik laporan daripada New Straits Time, badan pemantauan alam sekitar telah mengkritik projek gas luar pesisir “offshore” di Sarawak ‘bom karbon’ yang berpotensi merosakkan sasaran iklim tempatan dan global.

Boleh menghasilkan kira-kira akan menghasilkan sehingga 454 juta tan per Karbon Dioksida (CO2e), projek gas tersebut mencecah jumlah CO2 melampaui pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) Malaysia pada tahun 2022.

Bagaikan 'Bom Karbon', Projek Gas Luar Persisir Baharu Di Sarawak Berpotensi Bahayakan Alam - Rimbawatch
Bagaikan ‘Bom Karbon’, Projek Gas Luar Persisir Baharu Di Sarawak Berpotensi Bahayakan Alam – Rimbawatch. Gambar sekadar hiasan

Pihak berkenaan perlu bertanggungjawab

Menurut Rimbawatch, badan penyelidikan alam sekitar, ia adalah penting bagi Petronas dan Pertamina untuk mengaplikasikan penyahkarbonan yang lebih bertanggungjawab dan efisien.

Rimbawatch, dalam satu kenyataan, berkata demikian berikutan laporan bahawa Blok SK510, blok penerokaan bahan api fosil di Sarawak, baru-baru ini dianugerahkan kepada Petronas Carigali, Pertamina dan rakan kongsi lain sebagai sebahagian daripada Pusingan Bidaan Malaysia 2023.

Projek gas di Sarawak telah menjadi perhatian kerana dianggap sebagai ‘bom karbon’ yang berpotensi meningkatkan pelepasan GHG secara signifikan. Kritik ini didasarkan pada perkiraan bahawa projek tersebut dapat menghasilkan sehingga 454 juta tan CO2, angka yang jauh melampaui angka pelepasan GHG Malaysia pada tahun 2022.

Di samping itu juga, dengan anggaran pelepasan kasar dari blok SK510 mencapai 454 juta tan CO2, perkara ini boleh memberi kesan kepada lebih dari 102,390 kadar kematian berlebihan berdasarkan metrik karbon kematian.

Bagaikan 'Bom Karbon', Projek Gas Luar Persisir Baharu Di Sarawak Berpotensi Bahayakan Alam - Rimbawatch
Gambar sekadar hiasan

Rimbawatch telah mengkritik Petronas dan Pertamina

Oleh itu, Rimbawatch telah mengkritik Petronas dan Pertamina serta meminta agar pihak mereka menyediakan strategi penyahkarbonan yang lebih efisien untuk mengendalikan pelepasan GHG dari perspektif iklim yang lebih efektif.

Secara keseluruhan, kritik terhadap projek gas luar pesisir di Sarawak merangkumi ketidaksesuaian langkah ini dengan keupayaan Malaysia untuk mencapai target iklim, termasuk mengurangi intensiti GHG sehingga menjangkau kenaikan suhu global hingga 1.5 darjah Celsius.

Hal ini menekankan pentingnya mempertimbangkan kandungan karbon dalam pengembangan projek minyak dan gas baru, agar tidak melampaui pencapaian sasaran iklim negara, baik dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Harga Maksimum RM599 Ditetapkan Bagi Penerbangan Balik Sabah Sarawak Di Hari Raya
Tular Video Pergaduhan Di Batu Kawa, Polis Sahkan Suspek Rupanya Pasangan Adik Beradik
SUMBER :New Straits Time
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miliki Suara Unik Dan Lunak, Anak Sarawak Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024
Next Article Sabah Catat Jumlah Paling Tinggi Gangguan Mental Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?