I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking

Oleh Nazihah AN
25 Februari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Gemar hiking? Ini adalah ‘checklist’ yang terbaik yang anda perlu periksa sebelum melakukan aktiviti hiking.

Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking. Aktiviti hiking kini makin popular dikalangan anak muda lagi-lagi pada musim cuti sekolah atau cuti semester. Hiking sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mengisi masa lapang.

Namun, tahukah anda bahawa anda perlu memeriksa barang-barang keperluan sebelum melakukan aktiviti mendaki? Ini adalah senarai barang keperluan tersebut.

Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking
Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking

1. Beg Galas

Beg galas yang sesuai adalah beg kalis air yang bersaiz 35L hingga 50L (tertulis pada beg). Kapasiti beg hendaklah bersesuaian dengan badan dan barang-barang yang hendak dibawa.

2. Pakaian

Pakaian yang digunakan semasa mendaki hendaklah sesuai dan selesa seperti menggunakan pakaian yang cepat kering (diperbuat daripada material sintetik). Juga sediakan baju hujan atau ‘wind breaker’ untuk tujuan kecemasan, seperti hujan atau suhu rendah. Elak menggunakan jeans.

3. Stoking

Stoking juga seeloknya bawa lebih. Kegunaan stoking adalah untuk mengelakkan kaki melecet semasa mendaki. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan sejuk, anda digalakkan memakai stoking semasa tidur di puncak gunung.

4. Kasut

Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking
Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking

Anda hendaklah memilih kasut khas untuk mendaki. Bagi newbie, anda boleh menggunakan kasut sukan yang sesuai. Apabila anda minat dan ingin menjadikan mendaki sebagai hobi baharu, hendaklah membeli kasut yang mempunyai yang sesuai untuk trek tanah yang basah dan licin.

5. Topi

Topi, skaf bandana skaf buff atau mana-mana alas kepala boleh diguna bagi lindungi kepala daripada serangga, cuaca hujan atau panas. Ianya boleh digunakan semasa anda mendaki dan turun dari puncak gunung.

6. Makanan

Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking

Bergantung pada trek pendakian, makanan ringan bertenaga seperti kismis, kacang, dan coklat dapat membuat anda kekal bertenaga. Sekiranya anda berada di puncak atau kawasan tertentu dalam jangka masa yang lama, anda boleh membawa makanan siap pakai (bungkusan) atau memasak, dan pastikan peralatan memasak lengkap dan mencukupi.

7. Botol Air

Tak kisah gunakan bekas sendiri atau botol air mineral, pastikan bawa air yang mencukupi sekurang-kurangnya 1.5 liter air biasa dan 500ml air isotonik. Ingat, jangan tinggalkan botol air kosong di merata tempat!

8. Tongkat

Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking
Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking

Tongkat atau ‘walking stick’ sangat membantu bagi anda yang ingin mendaki dan turun dari puncak atau kawasan yang cerun. Tongkat dapat mengurangkan tekanan pada lutut.

9. Alas Berehat

Jangan lupa untuk bawa alas atau ‘hammock’ untuk anda duduk berehat. Sampai di puncak, anda boleh menikmati pemandangan alam!

10. Telefon Bimbit

Telefon bimbit hendaklah dibawa untuk digunakan pada waktu kecemasan. Gunakan untuk memberitahu keluarga keadaan anda sewaktu mendaki. Selain itu, anda juga boleh memenuhi galeri anda dengan gambar pemandangan alam semula jadi sepanjang anda mendaki.

11. Ubat Peribadi

Anda juga perlu membawa ubat peribadi anda seperti ubat alahan, panadol, pembalut luka dan ubat untuk cuci luka. Untuk pengetahuan, ketua kumpulan akan membawa ‘first aid kit’ untuk keperluan kecemasan semasa mendaki. Tips extra! Bagi newbie, anda juga boleh membawa knee guard untuk support lutut anda semasa turun dari puncak.

12. Wisel

Wisel juga dapat digunakan untuk kecemasan. Tiup wisel jika anda memerlukan pertolongan dan untuk memberi amaran bahaya semasa aktiviti mendaki.

13. Lampu suluh

Jika anda merancang untuk bermalam di puncak, pastikan anda membawa lampu suluh untuk digunakan pada lewat petang atau malam. Anda juga boleh gunakan ketika berlaku sebarang kecemasan.

14. Tisu

Tisu adalah benda yang wajib anda kena bawa di mana saja anda berada. Ia digunakan untuk urusan kebersihan diri dan peralatan. Kumpulkan tisu yang digunakan bersama sampah yang anda perlu bawa pulang.

15. Kompas

Ianya bukan barang yang wajib, kalau ada lebih bagus. Jangan risau! Kerana ketua kumpulan sentiasa membawanya.

16. Penghalau serangga

Ubat penghalau serangga juga digunakan sepanjang anda mendaki bagi mengelakkan sebarang gigitan serangga.

17. Filter/ Pil klorin

Risau air diminum tidak bersih? Anda boleh bawa pil klorin atau filter untuk menapis air sungai sebelum minum. Tetapi, air tersebut harus dididihkan terlebih dahulu baru dicampurkan dengan pil klorin setelah air didih tersebut sejuk suam.

Ketahui tempat-tempat terhangat untuk beriadah di Borneo. Baca juga artikel di bawah:

7 Port Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
https://www.iloveborneo.my/wajib-pergi-ini-adalah-5-port-hiking-yang-popular-di-sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian
Next Article Miliki Suara Unik Dan Lunak, Anak Sarawak Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?