• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia

Oleh
Aina Musa
30 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Ancaman Wabak X Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia

Dari Covid-19 ke wabak X

Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia. Pada 25 September 2023, Kementerian Kesihatan menerusi Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa menyatakan tahap kesediaan untuk Malaysia- sekiranya kita perlu berdepan dengan wabak X.

Wabak X atau Disease X telahpun mula disebut dan dilapor badan kesihatan sedunia sejak tahun 2018, sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia lagi. Perlukah anda bimbang tentang wabak X dan apa sebenarnya yang sedang dibincangkan?

Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia
Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia. Kredit: Iluminasi

Wabak X atau Disease X yang disebutkan Puan Menteri kita hanyalah satu label umum digunakan oleh Badan Kesihatan Sedunia atau WHO, dalam mengistilahkan jangkitan atau wabak yang diramal berpotensi untuk memulakan kembali jangkitan dalam skala epidemik.

Seperti jangkitan Covid-19 yang berlaku tanpa diketahui asal-usulnya, terma atau label Wabak X diwujudkan bagi membantu badan-badan kesihatan seluruh dunia mempunyai kesediaan dalam menangani ‘sesuatu yang belum berlaku.’

Dalam kajian WHO, terdapat beberapa jenis penyakit yang dikategorikan sebagai blueprint priority disease atau garispanduan jangkitan berkeutamaan, dianggap serius dan boleh berlaku bila-bila masa yang diberikan keutamaan khusus.

Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia

Antara jangkitan dikategorikan dalam kumpulan ini adalah demam Ebola, demam Marburg, demam Lassa, jangkitan virus Nipah, jangkitan Zika, Covid-19 dan juga Wabak X, mewakili jenis wabak yang diramal boleh terjadi.

Kita juga perlu tahu, sebelum ini jangkitan penyakit seperti Zika dan Covid-19 juga pernah dikategorikan sebagai Wabak X sebelum pengetahuan kita tentang serangan ini berjaya diperincikan- jadi klasifikasi WHO berkenaan apa itu Wabak X boleh berubah-ubah serta tidak tetap.

Walaupun buat masa sekarang kita baru selesai mengharungi pandemik, WHO sudah mula melaksanakan bermacam gerak kerja baru dalam memastikan jangkitan seperti Covid-19 tidak berulang.

Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia

Ini kerana jika dilihat trend jangkitan, berdasarkan ramalan yang telah dilaporkan sekiranya Wabak X benar-benar terjadi, kesannya dikatakan boleh menyebabkan kadar kematian lebih tinggi berbanding Covid-19!

Setakat 21 September 2023, telah mengorbankan hampir 7 juta nyawa. Wabak X pula diramal mempunyai tahap kekuatan 20 kali Banda berbanding Covid-19. Anda bayangkanlah bagaimana situasinya.

Kenapa nama X dipilih? Ini kerana badan kesihatan sedunia tidak tahu apa yang boleh berlaku. Setakat ini teori dan ramalan dikeluarkan WHO sebagai langkah berjaga-jaga, adalah mengambil model jangkitan yang telah berlaku sebelum ini sebagai asasnya.

Seandainya Wabak X BENAR-BENAR BERLAKU, puncanya dikatakan akibat penyebaran patogen yang dilabel sebagai Patogen X, besar kemungkinan datang daripada jangkitan haiwan kepada manusia.

Baca lagi artikel menarik:

Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19
Pakar Beri Amaran Penyakit X Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Pala Munsuh', Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak ‘Pala Munsuh’, Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak
Next Article Tiada Lagi Projek 'Sakit', Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu Tiada Lagi Projek ‘Sakit’, Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?