• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia

Oleh
ILB - AI
22 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Statistik ini adalah menurut Laporan Banci Indeks Kebahagiaan Malaysia 2021

Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia. Menerusi laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 22 Julai 2022, skor Malaysia Happiness Index atau Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI) pada tahun 2021 adalah 6.48 dan berada pada tahap bahagia. Apa yang menariknya, Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan skor Indeks Kebahagiaan tertinggi dengan skor 9.29 pada tahap ‘Sangat Bahagia’.

Turut dilihat, ada beberapa negeri yang juga mendapat skor tinggi berada pada tahap ‘Bahagia’ seperti W.P. Kuala Lumpur (7.77), W.P. Putrajaya (7.28), Terengganu (7.20), Kelantan (7.02) dan Perlis (6.98). Wah, serius lah?

Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia
Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia

Melaka dan Selangor dapat skor kebahagiaan terendah

Namun, dua negeri mendapat skor terendah iaitu Melaka dengan skor 5.85 dan Selangor 5.74 dikategorikan sebagai ‘Sederhana Bahagia’. Barangkali bekalan air yang kerap terputus menyebabkan penduduk Selangor menjadi kurang bahagia. 😖

Dalam kenyataan media oleh DOSM, sebanyak 73 indikator dirangkumkan kepada 13 komponen utama MHI iaitu keluarga, perumahan dan alam sekitar, penyertaan sosial, kesihatan, kemudahan komunikasi, pendidikan, persekitaran kerja, pendapatan, keselamatan awam, penggunaan masa, amalan kerohanian, kebudayaan dan pengalaman emosi.

Tahap kebahagiaan pula dikategorikan kepada lima skor bermula dengan nilai 0.00-2.00 iaitu sangat tidak bahagia, 2.01-4.00 – tidak bahagia, 4.01-6.00 – sederhana bahagia, 6.01-8.00 – bahagia dan 8.01-10.00 – sangat bahagia.

Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Laporan terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia

Laporan MHI yang dilaksanakan dari September hingga November 2021 itu berjaya mengumpul seramai 42,446 responden dari seluruh negara, dan dibangunkan berdasarkan manual antarabangsa seperti World Happiness Report (WHR) dan Human Development Index (HDI).

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata survei yang dilakukan mengandungi komponen serta penanda aras yang komprehensif bagi mengukur tahap kebahagiaan rakyat.

Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia

Secara keseluruhannya penduduk Malaysia berada pada tahap bahagia walaupun negara berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi, pada tahun pelaksanaan Survei MHI 2021.”

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Mohd Uzir Mahidin

Skor MHI adalah mengikut strata bandar dan luar bandar di Malaysia berada pada tahap Bahagia iaitu masing-masing skor 6.46 dan 6.54.

Manakala dari segi jantina pula, perempuan mencatatkan skor MHI lebih tinggi iaitu 6.49 berbanding lelaki dengan skor 6.46. Hmm, mungkin para wanita di luar sana boleh berkongsi tips kepada lelaki bagaimana untuk menjadi bahagia 😂

Cuba teka orang mana paling romantik di Malaysia? Jawapannya di sini:

SUMBER :Jabatan Perangkaan Malaysia (2021)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Arca Rentap Pakai Baju Macam Hang Tuah? Teguran Netizen Disambut Baik Pihak Muzium
Next Article Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?