• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Asrama SK Sungai Manong Niah Terima Pujian Ramai, Susunan Katil Baharu Kini Lebih Selesa

Oleh
Nazihah AN
12 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Asrama SK Sungai Manong Niah Terima Pujian Ramai, Susunan Katil Baharu Kini Lebih Selesa

Asrama di sekolah daerah Subis ini raih pujian ramai

Asrama SK Sungai Manong Niah Terima Pujian Ramai, Susunan Katil Baharu Kini Lebih Selesa. Sebuah perkongsian video daripada seorang guru di SK Sungai Manong Niah, daerah Subis, baru-baru ini meraih pujian ramai netizen apabila memaparkan keadaan asrama sekolah yang kemas dan teratur.

Menurut guru tersebut, kedudukan katil yang baharu disusun secara berpasangan bertujuan memastikan murid-murid tidak berasa takut atau keseorangan semasa tidur, berbanding penggunaan katil bertingkat sebelum ini.

Asrama SK Sungai Manong Niah Terima Pujian Ramai, Susunan Katil Baharu Kini Lebih Selesa

Sudut santai turut disediakan oleh pihak sekolah

Selain itu, setiap katil juga dilengkapi dengan meja kecil dan almari besi untuk keperluan penyimpanan dan pembelajaran. Guru berkenaan turut menegaskan bahawa kemudahan ini penting agar murid-murid mempunyai ruang peribadi dan kemudahan asas yang mencukupi, terutamanya bagi tujuan mengulang kaji pelajaran. Penambahbaikan lain yang turut dikongsi ialah pemasangan netting luar dan dalam bagi memastikan kebersihan dan keselesaan murid sentiasa terjaga.

Menerusi video yang tular di media sosial, guru tersebut juga memaklumkan bahawa terdapat sudut santai disediakan bagi murid-murid beriadah, bermain permainan yang disediakan, dan kawasan khusus untuk mereka berdoa. Selain itu, kemudahan seperti seterika turut tersedia untuk memudahkan murid menjaga penampilan diri dan disiplin.

Susulan perkongsian ini, netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan pujian terhadap pihak sekolah. Rata-rata bersetuju bahawa perubahan ini memberi impak positif terhadap kesejahteraan murid. Terdapat juga yang berkongsi pengalaman peribadi tentang asrama lain yang kekurangan kemudahan, sekali gus menonjolkan keprihatinan SK Sungai Manong Niah dalam menjaga kebajikan pelajar.

Dengan adanya inisiatif sebegini, ramai pihak berharap agar lebih banyak sekolah asrama di seluruh negara turut mengambil langkah serupa demi memastikan murid-murid dapat menimba ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan kondusif.

Baca juga cerita menarik di bawah:

Macam Japan House Viewing, Asrama Cantik Dan Luas UTS Sibu Tular Di TikTok
Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur Ini Buktikan Berbaloi Adakan Lawatan Ke Kuching

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall
Next Article Sarawak Larang Kenderaan Barangan Di Jalan Raya Semasa Aidilfitri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?