Hal ini bagi memastikan kelancaran trafik di jalan raya
Sarawak Larang Kenderaan Barangan Di Jalan Raya Semasa Aidilfitri. Dilaporkan, Sarawak akan melaksanakan larangan ke atas kenderaan barangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri sebagai usaha memastikan kelancaran lalu lintas dan meningkatkan keselamatan jalan raya, selaras dengan inisiatif kerajaan persekutuan.

Kerjasama dengan JPJ untuk laksana sekatan ini
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan sekatan ini, dengan butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Kami sedang berkoordinasi dengan JPJ dan mereka akan mengeluarkan notis rasmi,” katanya dalam sidang media hari ini.
Maklumat lanjut akan menyusul.

