I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Cabul Pesakit Ketika Pemeriksaan Kesihatan, Seorang Pegawai Perubatan Awam Di Kuching Dicekup Polis
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cabul Pesakit Ketika Pemeriksaan Kesihatan, Seorang Pegawai Perubatan Awam Di Kuching Dicekup Polis

Oleh Husna Hazmi 31 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis telah menangkap seorang penjawat awam di Kuching atas kes cabul.

Cabul Pesakit Ketika Pemeriksaan Kesihatan, Seorang Pegawai Perubatan Awam Di Kuching Dicekup Polis. Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching semalam, seorang pegawai perubatan awam di Kuching telah bertindak mencabul seorang pesakit wanita.

Menurut kenyataan, pihak polis menerima laporan daripada seorang pengadu wanita tempatan berusia 34 tahun yang telah menjadi mangsa cabul di sebuah pusat perubatan di Daerah Kuching.

Cabul Pesakit Ketika Pemeriksaan Kesihatan, Seorang Pegawai Perubatan Awam Di Kuching Dicekup Polis
Cabul Pesakit Ketika Pemeriksaan Kesihatan, Seorang Pegawai Perubatan Awam Di Kuching Dicekup Polis. Gambar sekadar hiasan

Ambil kesempatan cabul kehormatan mangsa

Kejadian dipercayai berlaku pada jam lebih kurang 11.30 pagi pada 29 Disember 2022 di mana suspek telah mengambil kesempatan mencabul kehormatan mangsa ketika menjalankan prosedur pemeriksaan secara bersendirian di dalam bilik rawatan.

Justeru pihak polis IPD Kuching telah bertindak menangkap suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 28 tahun bekerja sebagai pegawai perubatan di institusi tersebut bagi membantu siasatan.

Cabul Pesakit Ketika Pemeriksaan Kesihatan, Seorang Pegawai Perubatan Awam Di Kuching Dicekup Polis
Sumber foto: FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan mebawa hukuman penjara sehingga tempoh 10 tahun, atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian atau kenyataan yang tidak tepat berkenaan isu ini bagi memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih lanjut.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Cedera Pengawas Sekolah Dengan Kerusi Plastik, Pelaku Remaja Akan Mengetahui Nasib Pada 2 Februari
Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia
SUMBER : FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Laluan Ditutup, Ini Saranan Laluan Untuk Ke Sambutan Tahun Baru Di Stadium Perpaduan Kelak
Next Article 'Roadtrip To Indonesia', Kuching Tambah Laluan Bas Ke Singkawang Tahun Hadapan ‘Roadtrip To Indonesia’, Kuching Tambah Laluan Bas Ke Singkawang Tahun Hadapan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?