• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau

Oleh
Aina Musa
16 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau

Bapa dipenjara gara-gara ugut anak dengan pisau

Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau. Seorang bapa dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya, Ogos lalu.

Majistret, Don Stiwin Malanjum, memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah daripada tertuduh, Ardi Aris, 32, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau
Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau. Sumber: MyKMU

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya, Zack Azroy, 13, dengan mengacukan sebilah pisau di rumah keluarga mereka, di Batu 8 Jalan Tiku, dekat sini, pada jam 9 pagi, 4 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Butiran kejadian

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku semasa tertuduh datang ke rumah bekas iparnya, secara tiba-tiba meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mendatangi mangsa sambil mengacu serta mengarahkannya supaya menunaikan solat.

Mangsa yang dalam ketakutan bagaimanapun bertindak menuruti arahan bapanya itu, sebelum ibu saudaranya menghubungi pihak polis.

Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta dan sudah bercerai dengan isterinya itu juga sebelum ini pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.

Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon kepada Mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan sudah insaf selain menyesal atas perbuatannya itu.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 4 Ogos 2023.

Baca lagi artikel menarik:

Hukum Pelajar Yang Tak Solat Jemaah, Guru Berdepan Saman RM15,000 Daripada Ibu Bapa
Jadi Lubuk LGBTQ, Ramai Ibu Bapa Mula Elak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama Penuh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rugi RM20 Juta Jualan Tiket, MOT Kini Gantung Lesen Penerbangan MyAirline Rugi RM20 Juta Jualan Tiket, MOT Kini Gantung Lesen Penerbangan MyAirline
Next Article Polis Halang Lapan Individu Hadir Di Mahkamah Sibu Mulai 17 Oktober

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?