• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Halang Lapan Individu Hadir Di Mahkamah Sibu Mulai 17 Oktober

Oleh
Farisha
16 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Gambar ilustrasi

Polis Sarawak mengeluarkan larangan perhimpunan di mahkamah sibu selama 7 hari mulai 17 oktober

Perintah selama 7 hari telah dikeluarkan oleh pihak polis bagi menghalang sebarang perhimpunan di Mahkamah Sibu mulai esok, 17 Oktober.

Menurut laporan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri menyatakan bahawa pihaknya turut menamakan 8 individu yang dilarang menghadiri perhimpunan tersebut.

Sumber: Sarawakdirectory

Mulai 17 hingga 23 Oktober ini

“Polis Sarawak telah menerima maklumat bahawa satu perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Sibu pada Selasa 17 Oktober 2023.

“Justeru perintah Mahkamah di bawah Seksyen 98 Tatacara Jenayah iaitu perintah sementara menghalang perhimpunan dalam kes-kes kacau ganggu telah dikeluarkan selama 7 hari mulai 17 hingga 23 Oktober 2023,” katanya menurut sumber.

Difahamkan Mohd Azman berkata demikian pada siding media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Antara individu yang dihalang untuk hadir di mahkamah esok

Selain itu, beliau turut menambah bahawa perintah menghalang lapan individu adalah melibatkan Mathew Mudai Umpi, Jonas Ling Lee King, Andrew Lau Chii Chiong, Alistair Lau Chi Kiat, Chua Yieng Hui, Lawrence Clement Ahsay, Napoleon Lawik dan Alim@Giovanni Adlim Mideh.

“Sekiranya penama-penama ingkar perintah tersebut, maka melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampal sebulan.

“Atau denda yang boleh sampal RM400 atau kedua-duanya sekali.

“Dan jika keingkaran menyebabkan bahaya kepada nyawa atau mungkin menyebabkan rusuhan hendaklah dihukum dengan penjara yang boleh sampai 6 bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” tegas Mohd Azman.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching
Padah Tipu Polis Dakwa Kereta Dicuri, Lelaki Dari Kuching Didenda RM1500
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau
Next Article Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Menyandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?