• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Hukum Pelajar Yang Tak Solat Jemaah, Guru Berdepan Saman RM15,000 Daripada Ibu Bapa

Oleh
Farisha
9 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di media sosial, guru dari Indonesia disaman sebanyak RM15,000 kerana menghukum pelajar tidak solat jemaah

Hukum Pelajar Yang Tak Solat Jemaah, Guru Berdepan Saman RM15,000 Daripada Ibu Bapa. Menurut Tribunnews, kejadian kurang menyenangkan dialami guru Pendidikan Agama Islam, Akbar Sarosa setelah dia dilaporkan kepada polis oleh salah seorang ibu bapa pelajarnya.

Difahamkan, memetik sumber, alasan ibu bapa melaporkan Akbar, guru di SMK Negeri 1 Taliwang, Sumbawa Barat, Indonesia adalah kerana tidak boleh menerima anak mereka dihukum kerana tidak hadir solat berjemaah.

Hukum Pelajar Yang Tak Solat Jemaah, Guru Berdepan Saman RM15,000 Daripada Ibu Bapa
Gambar hiasan. Sumber: vocket

Bagaimanapun, kejadian itu telah tular di media sosial. Dipercayai guru tersebut juga diugut oleh ibu bapa pelajar berkenaan dengan saman sebanyak IDR 50 juta (RM15,000).

“Encik Akbar dilaporkan oleh ibu bapa kerana anaknya dihukum kerana tidak mahu disuruh solat, semoga En Akbar mendapat keadilan,” tulis salah seorang pengguna TikTok.

Supaya guru tersebut mendapat keadilan

Bukan itu sahaja, akaun TikTok terbabit turut meminta sokongan dan doa daripada netizen agar rakan gurunya mendapat keadilan.

Hukum Pelajar Yang Tak Solat Jemaah, Guru Berdepan Saman RM15,000 Daripada Ibu Bapa
Gambar hiasan. Sumber: nu

“Perbicaraan ditangguhkan sehingga minggu depan, dalam kes Encik Akbar, yang disaman 50 juta oleh ibu bapa pelajar itu kerana anaknya dihukum kerana tidak mahu solat zohor,” tulis akaun itu menurut laporan.

Dalam pada itu, berdasarkan keterangan Akbar Sarosa, beliau pada mulanya meminta pelajarnya solat berjemaah apabila masuk waktu solat zohor.

Tidak layan arahan guru, lalu mengadu kepada ibu bapa mereka

Namun, terdapat tiga orang pelajar yang mengendahkan arahannya untuk solat berjemaah. Maka Akbar cuba menegur, tetapi dia tidak dilayan oleh pelajar terbabit. Akhirnya ketiga-tiga pelajar itu dihukum dengan memukul tapak tangan dan bahu.

@deni_ali28

Sedih sekali melihat keadaan Guru Saat ini. Semuanya Serba Salah😢 #savepakakbar #pgri #pgrisumbawabarat #gurusmk1sumbawabarat

♬ suara asli – Deni Ali – Deni Ali

Susulan itu, selepas pulang ke rumah, mereka mengadu kepada ibu bapa mereka yang akhirnya melaporkannya kepada polis.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan saman:

Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup
Suka Bertukar Duka, Netizen Kecewa Pesta Sematan Jadi Pesta Saman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Empat Individu Ditahan Di Kuching Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Empat Individu Ditahan Di Kuching
Next Article Umpan Guna Gula-Gula, Pemuda Ini Berjaya Ditangkap Rupanya Sudah Cabul 35 Kanak-Kanak Lelaki Umpan Guna Gula-Gula, Pemuda Ini Berjaya Ditangkap Rupanya Sudah Cabul 35 Kanak-Kanak Lelaki

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?