• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setia Bantu Pikul Beg Rakan, Kisah Dua Sahabat Sejati Tingkatan 1 Di Sabah Ini Buat Ramai Terharu

Oleh
Husna Hazmi
5 Mei 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Sahabat setia membantu rakan yang menghidap sakit buah pinggang

Setia Bantu Pikul Beg Rakan, Kisah Dua Sahabat Sejati Tingkatan 1 Di Sabah Ini Buat Ramai Terharu. Jalinan persahabatan dengan kasih sayang, saling menghargai, saling bantu-mambantu tanpa ada rasa terpaksa serta terbebani bukan perkara yang mudah ditemui pada zaman kini.

Berikutlah kisah persahabatan sejati dua rakan sekelas Zhafran Hijazi Zainuddin dan Mohd Eddy Haikal Nadir Abdullah yang merupakan pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abaka, Merotai di Tawau, Sabah menyentuh hati masyarakat apabila tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Setia Bantu Pikul Beg Rakan, Kisah Dua Sahabat Sejati Tingkatan 1 Di Sabah Ini Buat Ramai Terharu
Setia Bantu Pikul Beg Rakan, Kisah Dua Sahabat Sejati Tingkatan 1 Di Sabah Ini Buat Ramai Terharu. Sumber foto: FB TawauSyurga

Zhafran Hijazi tidak mampu melakukan kerja berat

Dipetik dari portal berita Harian Metro, Zhafran Hijazi memiliki tubuh kecil dan tidak mampu melakukan kerja berat termasuk memikul beg sekolah sendiri serta menaiki tangga untuk ke kelas akibat penyakit buah pinggang dihidapinya, namun anak muda ini telah dikurniakan Mohd Eddy Haikal Nadir yang setia membantu dirinya.

Kagum dengan Mohd Eddy Haikal Nadir yang bukan sahaja mengangkat beg, tetapi juga mendukung sahabatnya menaiki tangga sekolah selain membantu melakukan kerja lain, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Tan Sri Liew Yun Fah melawat Zhafran Hijazi di rumahnya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata bahawa dirinya amat kagum dengan persahabatan mereka. Rezeki Zhafran Hijazi ditemukan rakan setia seperti Mohd Eddy Haikal Nadir ini dan beliau berharap persahabatan mereka kekal.

Liew turut diiringi Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr Shameer Khan Sulaiman dan Pakar Perunding Pediatrik Dr Asmiati Abd Hamid.

Setia Bantu Pikul Beg Rakan, Kisah Dua Sahabat Sejati Tingkatan 1 Di Sabah Ini Buat Ramai Terharu
Sumber foto: FB Liew Yun Fah

Hidap penyakit buah pinggang atau ‘end-stage renal failure’

Menurut Ibu Zhafran Hijazi, Hasnah Marola berusia 40 tahun, berkata anak sulung daripada tiga beradik itu dikesan menghidap penyakit buah pinggang atau ‘end-stage renal failure’ pada 2017, setelah mengadu sakit perut dan kencing berdarah.

Menurut Hasnah dirinya dan suami terus membawa Zhafran Hijazi ke Hospital Tawau sebelum dirawat selama 10 hari di situ, dan kemudian turut membawanya ke Hospital Likas bagi pemeriksaan lanjut.

Ibu Zhafran Hijazi berkata pada 2021 anak sulung mereka itu mula jalani dialisis tiga kali seminggu. Hijazi merupakan anak yang kuat semangat dan dia ke sekolah seperti biasa cuma tidak boleh angkat benda berat, beg berat atau berjalan lama.

Setia Bantu Pikul Beg Rakan, Kisah Dua Sahabat Sejati Tingkatan 1 Di Sabah Ini Buat Ramai Terharu
Sumber foto: FB Liew Yun Fah

Syukur ada kawan prihatin seperti Mohd Eddy Haikal Nadir

Syukur ada kawan-kawan prihatin seperti Mohd Eddy Haikal Nadir yang membantu, katanya.

Ibu Hjazi turut menzahirkan rasa syukur terhadap Tan Sri Liew kerana sudi datang dan prihatin terhadap kesihatan anaknya.

Dalam masa yang sama, Dr Shameer Khan berkata pihaknya akan membuat pemantauan berkala seminggu sekali terhadap Zhafran Hijazi dengan ke rumahnya yang terletak 40 kilometer dari bandar Tawau.

Zhafran Hijazi ada buat pemeriksaan susulan dengan hospital manakala klinik kesihatan juga akan buat pemeriksaan susulan kesihatan adik Hijazi selepas ini.

Lagi kisah menarik untuk anda di sini:

Hidap ‘Sindrom Warewolf’, Agong Dan Permaisuri Santuni Adik Missclyen Di Bintulu Ini Buat Ramai Terharu
Rasa Tenang Di Kuching, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Terharu

SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo: Sarawak Bakal Eksport 240,000 Tan Hidrogen Ke Jepun Dan Korea Menjelang 2028
Next Article Lelaki Maut Akibat Lemas Ketika Mandi Di Taman Rekreasi Di Serian Lelaki Maut Akibat Lemas Ketika Mandi Di Taman Rekreasi Di Serian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?