I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bekas Eksekutif Petronas Hadapi Tuduhan Rasuah, Terima Suapan Dari Syarikat Berpengkalan Di Sarawak
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bekas Eksekutif Petronas Hadapi Tuduhan Rasuah, Terima Suapan Dari Syarikat Berpengkalan Di Sarawak

Oleh iloveborneo 5 Januari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Bekas Eksekutif Petronas Hadapi Tuduhan Rasuah, Terima Suapan Dari Syarikat Berpengkalan Di Sarawak

Beliau mengaku tidak bersalah di atas 37 pertuduhan rasuah dan 6 pertuduhan pengubahan wang haram

Seorang bekas eksekutif (Pembinaan) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas 37 pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah lebih RM6 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.

Mohd Amal M.Razalan, 36, membuat pengakuan itu selepas 37 pertuduhan rasuah membabitkan RM6.1 juta dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob manakala enam pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM939,334.10 di hadapan Hakim Azura Alwi.

Foto : BERNAMA

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-21, tertuduh sebagai eksekutif (Pembinaan) Petronas Carigali Sdn Bhd didakwa menerima suapan wang berjumlah antara RM2,078 hingga RM 216,903.19 daripada Pengarah Majestika Sdn Bhd, Mustaza Zawawi melalui cek Maybank Berhad milik syarikat itu (Majestika) dan melalui akaun Maybank Berhad milik MAMN Goldenvision Enterprise.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu dengan persubahatan bersama pengarah syarikat MAMN Goldenvision, Muhammad Nazreen Abd Hamid sebagai upah tertuduh membantu Faltech Engineering Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja “Provision Of Civil & Structural Maintenance Services For PCSB”.

Mohd Amal turut didakwa atas tiga pertuduhan menerima suapan daripada Pengurus Projek SAP House Sdn Bhd, Robert Khoo menerusi tiga cek bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik perniagaan tertuduh iaitu Goldentree Enterprise sebagai upah tertuduh menyemak dan mempersetujui dokumen berkaitan pengesahan kerja yang dilaksanakan oleh SAP House membabitkan kontrak antara PCSB dan Faltech Engineering Sdn Bhd.

Lelaki itu juga didakwa atas 13 pertuduhan menerima suapan berjumlah antara RM141,738.33 hingga RM825,503.60 daripada Robert melalui 13 cek akaun Maybank milik SAP House sebagai upah untuk tertuduh mempersetujui Job Completion Ticket PCSB, bagi kontrak “Provision Of Civil & Structural Maintenance Services For PCSB – Sarawak Operations”.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Berhad, Petronas Twin Tower, Concourse Expansion, Jalan Ampang di sini, antara 21 Dis 2016 hingga 1 Ogos 2019, mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28 (1) (c) dan boleh dihukum dengan Seksyen 24 Akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Mohd Amal juga didakwa atas lima pertuduhan menerima RM798,985.49 melalui empat akaun bank milik Muhammad Nazreen manakala bagi satu lagi pertuduhan, dia didakwa menggunakan wang berjumlah RM140,348.61 melalui dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana kesemua wang berkenaan merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Berhad Petronas Twin Tower, Jalan Ampang, Maybank Berhad di Dataran Maybank dan CIMB Bank Berhad Jalan Pantai Baru di sini, antara 13 Julai 2017 hingga 18 Mac 2022.

Pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon jaminan RM1 juta hingga RM2 juta bagi pertuduhan rasuah manakala RM100,000 bagi  pengubahan wang haram selain syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali.

Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican, yang mewakili Mohd Amal memohon jaminan RM100,000 bagi pertuduhan rasuah dan RM20,000 bagi  pengubahan wang haram atas alasan anak guamnya yang telah ditamatkan perkhidmatan di Petronas tahun lepas, perlu menanggung isteri, dua anak serta bapa yang mengalami lumpuh kekal.

“Empat akaun bank serta aset-aset lain milik anak guam saya telah dibekukan, jadi bagaimana tertuduh hendak mendapatkan sumber kewangan bagi membayar jaminan,” katanya dan menambah tertuduh juga akan didakwa di Mahkamah Shah Alam esok atas pertuduhan di bawah Akta SPRM.

Rozina membenarkan jaminan RM150,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya sebulan sekali selain tertuduh disenarai hitam untuk ke luar negara sehingga kes selesai, manakala Azura membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mahkamah menetapkan sebutan kes pada 15 Februari ini.

Baca juga artikel lain :

Kerajaan Persekutuan Beri Kuasa Sabah & Sarawak Laksana Sendiri Projek Bawah RM 50 Juta
Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Daripada Pengusaha Minuman, Ketahui Bagaimana Cadbury Jadi Coklat Pilihan Semua
Next Article Batik Air Tambah Penerbangan Ke Kuching Dan Kota Kinabalu Sempena Tahun Baru Cina Batik Air Tambah Penerbangan Ke Kuching Dan Kota Kinabalu Sempena Tahun Baru Cina

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?