• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Daripada Pengusaha Minuman, Ketahui Bagaimana Cadbury Jadi Coklat Pilihan Semua

Oleh
Husna Hazmi
5 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Ingat sahaja coklat Cadbury mesti ingat kenikmatan Kek Lapis India dan Cadbury tart kan?

Daripada Pengusaha Minuman, Ketahui Bagaimana Cadbury Kini Menjadi Pilihan Ramai. Siapa yang tidak tahu coklat jenama Cadbury ini? Pergi sahaja di mana-mana pasar raya, pusat membeli belah mahupun kedai runcit, anda pasti akan terjumpa jenama coklat yang paling popular di Malaysia ini.

Daripada Pengusaha Minuman, Ketahui Bagaimana Cadbury Jadi Coklat Pilihan Semua
Daripada Pengusaha Minuman, Ketahui Bagaimana Cadbury Jadi Coklat Pilihan Semua

Bahan trending untuk buat biskut raya kegemaran satu Malaysia iaitu Cadbury tart!

Menjelang sahaja waktu perayaan, coklat Cadbury mendapat tempahan yang tinggi kerana ianya amat terkenal untuk dibuat aneka juadah seperti kuih, biskut, ice cream, milkshake, dan pelbagai lagi. Di Sarawak pula Kek Lapis India yang menggunakan coklat Cadbury di dalam kuih ini menjadi menu kegemaran setiap kali hari raya. Bukan itu sahaja, tahun ini pula coklat ini menjadi bahan trending untuk buat biskut raya kegemaran satu Malaysia iaitu Cadbury tart!

Jadi jangan tahu makan sahaja coklat Cadbury ni, jomlah kita ketahui sejarah di sebalik coklat yang paling popular di Malaysia ini?

Pada suatu ketika dahulu, Cadbury merupakan sebuah jenama yang amat sederhana. Pada tahun 1824, John Cadbury membuka kedai pertamanya di 93 Bull Street di pusat bandar Birmingham, United Kingdom dan John ketika ini hanya menjual teh, kopi, koko dan minuman coklat.

Daripada Pengusaha Minuman, Ketahui Bagaimana Cadbury Jadi Coklat Pilihan Semua

Minuman coklat merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding minuman alkohol

Pada era tersebut, minuman coklat merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding minuman alkohol. Enam tahun kemudian pada tahun 1931, John Cadbury membeli sebuah kilang empat tingkat di Crooked Lane di antara Corporation Street dan High Street. Menjelang tahun 1842 iaitu kira-kira 18 tahun selepas mula berniaga, John telah berjaya menjual hampir 30 jenis minuman coklat dan juga koko.

Ketika perniagaan John pesat berkembang, John meminta bantuan adiknya Benjamin dan syarikat ini mula dikenali sebagai Cadbury Brothers. Perniagaan mereka terus berkembang dengan pesatnya lalu mereka berpindah ke kilang yang lebih besar di Bridge Street yang mempunyai akses kepada semua pelabuhan utama di Britain melalui pelabuhan terusan peribadi.

Namun demikian, pada tahun 1861 isteri John Cadbury meninggal dunia kerana masalah kesihatan lalu John mengambil keputusan untuk bersara. Syarikatnya pula telah diserahkan kepada anak-anaknya iaitu George dan juga Richard.

Daripada Pengusaha Minuman, Ketahui Bagaimana Cadbury Jadi Coklat Pilihan Semua

Coklat “Dairy Milk” yang amat popular sehingga hari ini telah diperkenalkan

George dan Richard yang terus mengembangkan produk syarikat ini, dan pada tahun 1864 mereka mula memperoleh keuntungan. Dengan kejayaan beterusan Cadbury dalam menghasilkan coklat, George dan Richard berhenti menjual minuman teh pada tahun 1873. Malangnya, pada tahun 1889 John Cadbury pula telah meninggal dunia.

Produk coklat susu tenusu atau Coklat “Dairy Milk” yang amat popular sehingga hari ini telah diperkenalkan pada tahun 1905. Di dalam coklat dairy milk ini, kandungan susunya adalah lebih tinggi berbanding produk pesaing. Menjelang tahun 1914 pula, coklat tersebut merupakan produk terlaris syarikat Cadbury.

Sehingga ke hari ini, produk Cadbury ini tidak asing lagi bagi orang ramai dan tidak hairanlah kenapa Coklat Cadbury kini menjadi salah satu jenama coklat paling terkenal dan digemari di seluruh dunia serta sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Lagi di sini cerita menarik untuk anda:

Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga ‘Shopping’ Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia
SUMBER :Iluminasi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China
Next Article Bekas Eksekutif Petronas Hadapi Tuduhan Rasuah, Terima Suapan Dari Syarikat Berpengkalan Di Sarawak Bekas Eksekutif Petronas Hadapi Tuduhan Rasuah, Terima Suapan Dari Syarikat Berpengkalan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?