• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malang Tak Berbau, Jambatan Mulu Marriot Miri Runtuh Sehingga Menyebabkan 4 Mangsa Tercedera

Oleh
Husna Hazmi
27 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Salah seorang mangsa terpaksa dipindah menggunakan perahu.

Malang Tak Berbau, Jambatan Mulu Marriot Miri Runtuh Sehingga Menyebabkan 4 Mangsa Tercedera. Dilaporkan bahawa, empat orang telah tercedera dalam selepas jambatan di Mulu Marriot Resort & Spa runtuh semalam.

Malang Tak Berbau, Jambatan Mulu Marriot Miri Runtuh Sehingga Menyebabkan 4 Mangsa Tercedera
Malang Tak Berbau, Jambatan Mulu Marriot Miri Runtuh Sehingga Menyebabkan 4 Mangsa Tercedera. Kredit gambar: Borneo Network

Salah seorang mangsa patah tangan kanan dan luka sebelah mata

Salah seorang mangsa yang merupakan pengurus Mulu Marriott Resort and Spa (Mulu Marriott) Marc Cosyns yang merupakan warganegara Belgium, patah tangan kanan dan luka sebelah matanya dipercayai tercucuk benda tajam.

Seorang lagi mangsa yang merupakan rakan setugasnya, Benjamin Wolff, warganegara Jerman juga merupakan pengurus resort berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kanannya pula tidak dapat digerakkan.

Dua orang lagi mangsa adalah wakil syarikat Kumpulan Samling, masing-masing hanya cedera ringan pada tangan dan terseliuh pada kaki kanan. Semasa kejadian, keempat-empat mangsa dikatakan sedang membuat pemeriksaan pada tapak pada jambatan berkenaan.

Malang Tak Berbau, Jambatan Mulu Marriot Miri Runtuh Sehingga Menyebabkan 4 Mangsa Tercedera
Kredit gambar: Utusan Borneo

3 daripada 4 mangsa dihantar ke Lapangan Terbang Mulu untuk diterbangkan ke Miri

Sebaik sahaja Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Mulu Marriott, mereka telah memulakan operasi menyelamat mangsa pada jam 3 petang.

Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi yang dikerah ke tempat kejadian mengharungi perjalanan sejauh 10 kilometer. Tiga daripada 4 mangsa telah dihantar ke Lapangan Terbang Mulu untuk diterbangkan ke Miri menggunakan helikopter milik Kumpulan Samling oleh kakitangan Mulu Marriott.

Benjamin Wolff pula terpaksa dipindahkan menggunakan pengusung oleh anggota bomba dan kemudiannya memindahkan mangsa menggunakan perahu. Seterusnya, dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, mangsa dihantar ke Lapangan Terbang Mulu dan diterbangkan bersama tiga lagi mangsa ke Miri bagi menerima rawatan lanjut.

Klinik Kesihatan Mulu juga telah membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan awal untuk kesemua mangsa.

Perkara seperti pernah juga berlaku sebelum ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Finalis MasterChef Dari Sabah Yang Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Dibenar Ikat Jamin Kerana Masalah Mental
Next Article RM 3K Disangka Lesap, Wanita Ini Cemas Duit KWSP Hampir Dicekau Scammer Melalui Whatsapp

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?