• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini

Oleh
Aina Musa
17 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini

Dahulu dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini. Pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion, akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar di pangkalan data STR secara berperingkat, mulai hari ini.

Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini
Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini. Kredit: Berita Harian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama.

Boleh ditebus di mana-mana cawangan BSN

“Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk melalui ruangan Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100).

Bayaran diawalkan daripada rancangan

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan itu dijenamakan semula kepada STR dan akan terus ditambah baik.

Beliau memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk B40 diawalkan kepada Januari berbanding perancangan awal pada Mac depan bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

“Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah, terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

“Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya.

Baca lagi artikel terkini:

Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat
Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri TerlibatDalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat
Next Article Kru Kapal Kargo Sabah Hilang, Waris Tuntut Penjelasan Serta Kerjasama Sepenuhnya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?