• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kru Kapal Kargo Sabah Hilang, Waris Tuntut Penjelasan Serta Kerjasama Sepenuhnya

Oleh
Husna Hazmi
17 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Wakil syarikat perkapalan sehingga kini tidak memberikan penjelasan.

Kru Kapal Kargo Sabah Hilang, Waris Tuntut Penjelasan Serta Kerjasama Sepenuhnya. Dilaporkan, waris seorang kru kapal kargo yang dilaporkan hilang sejak 1 Januari lalu memohon agar operasi mencari dan juga menyelamat (SAR) diteruskan oleh agensi keselamatan negara.

Keluarga mangsa meluahkan kekesalah terhadap pemilik dan wakil syarikat perkapalan kerana sehingga saat ini tidak menghubungi keluarga kru kapal untuk memberi penjelasan berhubung insiden tersebut.

Kru Kapal Kargo Sabah Hilang, Waris Tuntut Penjelasan Serta Kerjasama Sepenuhnya
Kru Kapal Kargo Sabah Hilang, Waris Tuntut Penjelasan Serta Kerjasama Sepenuhnya. Sumber foto: The Borneo Post

Pihak syarikat kapal kargo dan wakil syarikat tampil bagi penjelasan

Menurut Sandra Littor yang berusia 32 tahun, dirinya berharap pihak syarikat kapal kargo dan wakil syarikat terbabit tampil bagi memberi penjelasan dan kerjasama sepenuhnya.

Dia berkata, sehingga ke saat ini, syarikat itu masih lagi belum membuat apa-apa penjelasan termasuk menjelaskan mengenai keadaan sebenar membabitkan adiknya, Derrent Littor, yang berusia 22 tahun.

Kami difahamkan, kapal kargo sebelum ini dibenarkan memunggah besi walaupun tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.

“Kami mahu pihak terbabit bertanggungjawab terhadap kapal kargo itu dan tampil menjelaskan kepada keluarga mangsa,” katanya pada sidang media di kediamannya di Kampung Melawa KKIP, Kota Kinabalu, semalam.

Sandra berkata, mereka hanya mengetahui insiden kehilangan kapal kargo tersebut dari rakan sebelum berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Kru Kapal Kargo Sabah Hilang, Waris Tuntut Penjelasan Serta Kerjasama Sepenuhnya
Sumber foto: The Borneo Post

Hanya enam laporan polis dibuat

Setakat ini, mereka difahamkan bahawa hanya ada enam laporan polis dibuat iaitu satu daripada ejen kapal kargo di Lumut dan lima laporan lagi daripada keluarga kru kapal.

Saya dan keluarga berharap, syarikat kapal kargo dan mereka yang terbabit untuk tampil memberi penjelasan kepada keluarga kru kapal yang terbabit.

“Kini operasi SAR kapal kargo tersebut dihentikan oleh pasukan keselamatan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia,” jelasnya.

Tambahnya lagi, operasi SAR telah ditamatkan dan hanya rondaan rutin dijalankan di perairan Indonesia dan Malaysia. Ini bermaksud tiada lagi SAR.

Justeru, kami  mengharapkan supaya SAR diteruskan. Saya dan keluarga sentiasa positif bahawa adik dan empat kru lain sangat memerlukan bantuan,” katanya.

Kru Kapal Kargo Sabah Hilang, Waris Tuntut Penjelasan Serta Kerjasama Sepenuhnya

Kehilangan kapal kargo berukuran 52 meter

Pada 10 Januari lalu, media melaporkan kehilangan kapal kargo berukuran 52 meter dan membawa 527 batang besi bernilai RM726,205 yang didedahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Lima kru kapal kargo berkenaan melibatkan tiga warga tempatan serta dua warga Indonesia. Nakhoda kapal dikenali sebagai Adi, 43, dari Indonesia, manakala jurutera kanan kapal juga warga Indonesia, Damai Papane Ole, 57.

Warga Malaysia ketua operasi kapal, Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24; Mohammad Sudeh Sudin, 20, dan Derrent Littor, 22. Kapal kargo tersebut yang keluar dari jeti Perak pada 23 Disember 2022, sepatutnya tiba di Kuching pada 31 Disember.

Menurut laporan yang dibuat oleh ejen kapal pada 9 Januari lalu, lokasi terakhir kapal dikesan menerusi ‘Automatic Identification System’ (AIS) adalah pada 1 Januari di perairan Indonesia, iaitu 0.2 batu nautika dari sempadan perairan Johor.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Sepatutnya Tiba Di Kuching Pada 31 Disember Lalu, Sebuah Kapal Kargo Malaysia Dilaporkan Hilang
Powerbank Meletup Dalam Penerbangan Ke Singapura, Didapati Akibat ‘Overheating’
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini Berita Baik, Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 Mula Dibayar Hari Ini
Next Article Bunyi 'Jeritan' Di Bilik Sebelah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Ketika Di Sebuah Pusat Peranginan Di Mukah Bunyi ‘Jeritan’ Di Bilik Sebelah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Ketika Di Sebuah Pusat Peranginan Di Mukah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?