New bakehouse in town!
Berkonsepkan British Bakeri, Pencinta Pastri Wajib Singgah Ke Bakehouse By Breadsman Di Stampin. Selalunya, aktiviti High Tea adalah lebih sinonim dengan golongan wanita. Memang sudah menjadi sebuah tradisi dan budaya dalam masyarakat wanita untuk berkumpul dan minum teh bersama sejak dulu lagi.

Tetapi, jangan risau, orang lelaki dan kanak-kanak juga tentunya dijemput sekali.Mari kami kongsikan kepada anda British style bakery yang baru sahaja di buka di Jalan Stampin Kuching ini.
Dengan hiasan dalaman yang tampak mewah
Bakeri ini diberi nama Bakehouse By Breadsman dan anda pasti menyukai kafe ini yang berkonsepkan modern cafe dengan hiasan yang serba mewah.

Jika dilihat dari luar, dekorasi kafe ini kelihatan sungguh ‘mahal’.
Dengan tema biru tua sebagai warna utama serta hiasan perabot kayu menjadikan suasana bakeri ini tampil elegan. Jadi, sangat sesuai untuk Instagrammer.

Boleh dikatakan kafe ini mewujudkan aura santai yang lain daripada yang lain!
Waktu dan lokasi operasi
Kafe ini dibuka setiap hari khamis sehingga sabtu bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Antara hidangan istimewa di sini adalah tiramisu, croissants dan juga scones!

Lokasinya pula terletak di Vantage Residence Ground Floor, Stampin.
Untuk info lebih lanjut boleh ke laman Facebook mereka di sini.