• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy

Oleh
Ismail NA
23 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Tinggal kat rumah persendirian pun bil boleh cecah lebih RM 1,000.

Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy. Kebelakangan ini, ramai netizen yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap jumlah bil elektrik semasa yang dikeluarkan oleh pihak Sarawak Energy.

Menerusi beberapa hantaran yang tular di laman Facebook, terdapat netizen menerima bil elektrik sehingga mencecah lebih RM 1,000 meskipun tinggal di rumah kediaman peribadi dan bukannya premis kedai atau komersial.

Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy
Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy. Sumber: FB Dayang Nurziela dan Awang Razali Awg Karim

Carian kami di internet mendapati bahawa Sarawak Energy atau lebih dikenali sebagai SESCO (nama lama) oleh golongan dewasa dan pertengahan usia sebenarnya memiliki sistem aduan, pembayaran dan pengiraan bil secara dalam talian.

Bagi mereka yang baru tiba di Sarawak, Sarawak Energy merupakan penyedia bekalan elektrik tunggal di Sarawak berbanding Tenaga Nasional Berhad di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Dalam artikel kali ini, kami ingin menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh menyalurkan aduan berkenaan bil elektrik yang luar biasa tinggi ini kepada pihak Sarawak Energy sendiri. Langkahnya pun mudah sahaja.

1. Log masuk atau daftar akaun di laman web SEB Cares

Seperti yang anda lihat melalui pautan tangkap layar ini, anda akan terus dibawa ke laman log masuk di mana anda boleh melakukan mana-mana perkhidmatan yang disediakan di bahagian sebelah kanan. Masukkan alamat emel dan kata laluan anda.

Pautan ke SEB Cares di SINI.

Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy

Walau bagaimanapun, jika anda belum mempunyai akaun SEB Cares, anda boleh mendaftar terlebih dahulu. Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan dan kemudian, anda boleh log masuk seperti biasa.

Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy

2. Pilih tab “Make A Report”

Setelah anda berjaya log masuk, anda boleh pilih tab “Make A Report” untuk menyalurkan aduan berkenaan bil elektrik anda.

Selain membuat aduan berkenaann bil elektrik yang tinggi, anda juga boleh menyalurkan aduan lain seperti kerosakan lampu jalan, gangguan bekalan elektrik, isu teknikal, pertanyaan umum dan sejarah aduan.

Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy
Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy

3. Pilih “Billing” dan nyatakan masalah anda berserta gambar bil

Pada bahagian “Issue Type”, anda boleh pilih “Billing” dan taip masalah bil elektrik anda di ruang yang disediakan. Anda juga boleh memuat naik gambar bil elektrik, dan gambar berkaitan seperti gambar meter elektrik sebagai bukti aduan anda. Kemudian, tekan “Submit”.

Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy

Itu sahaja! Anda akan menerima nombor 5 digit Case Reference Number untuk mengetahui tentang perkembangan aduan anda menerusi emel atau anda boleh menyemak status aduan anda menerusi platform “Chat With Us” (Customer Service > General Enquiry > Enquiry Case Status).

Kami harap agar masalah bil elektrik anda boleh diselesaikan dengan segera. Maklumlah, zaman sekarang ni semua harga dan tarif naik. Kalau boleh jimat dekat bil elektrik, itu pun dah kira nikmat juga, kan?

Tahukah anda bahawa Empangan Bakun di Sarawak merupakan salah sebuah empangan yang tertinggi di dunia? Baca selanjutnya di sini:

Seluas Negara Singapura, Ini Fakta Menarik Yang Tentang Empangan Bakun Sarawak
Duit Selalu ‘Bocor’? Ini Cara Bagaimana Anda Boleh Setup Tabung Kahwin Dan Sebagainya Dalam Aplikasi myASNB
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Next Article Menarik Di Sibu, Event Stylofest Sibu 2022 Bakal Diadakan Bermula Pada Hujung Minggu Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?