I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera

Oleh Kedung BK 23 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera

Wanita itu digelar ‘Batgirl’ kerana menggunakan baju kelawar semasa serangan itu

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera. Baru-baru ini, tular seorang wanita menjadi mangsa ragut ketika dia sedang berjalan seorang diri dan kejadian terbabit dirakam oleh CCTV.

Kejadian yang berlaku di Menara Felda FGV di Kuala Lumpur itu turut mendapat perhatian kerana wanita terbabit berjaya melawan peragutnya dan kemudian dibantu seorang abang Grab serta beberapa pemandu kenderaan lain yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera

Diragut oleh dua lelaki

Dalam rakaman CCTV yang dikongsi Kelab Info Malaysia di Facebook, wanita yang berbaju kelawar kuning itu dilihat berjalan seorang diri pada waktu malam apabila dua lelaki bermotosikal cuba meragut beg tangannya di luar skrin rakaman.

Walaupun begnya diragut, wanita itu cuba melawan peragutnya untuk mendapatkan semula begnya. Dalam pergelutan yang berlaku, wanita itu mengejar salah seorang lelaki yang terjatuh dari motosikal tersebut manakala rakan subahatnya cuba menyelamatkannya.

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Tangkap layar rakaman CCTV tersebut, menunjukkan wanita itu bergelut dengan salah seorang peragut itu. Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia

Akhirnya, wanita itu dibantu oleh seorang abang Grab yang merempuh motosikalnya ke atas motosikal pencuri terbabit untuk menghalang kedua-dua pencuri daripada beredar dari tempat kejadian dan beberapa orang lain turut datang membantunya sebaik menyedari apa yang berlaku.

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Motosikal peragut dirempuh oleh motosikal abang Grab yang datang membantu wanita berkenaan. Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia

Kedua-dua lelaki terbabit berjaya ditahan manakala wanita itu dikatakan tidak mengalami kecederaan serius.

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Dua individu ini cuba meragut wanita tersebut. Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia
Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia

“Tengok rantai lah patut kuat semacam,” – netizen

Isu ragut di negara ini bukanlah perkara baharu tetapi yang menarik perhatian netizen adalah wanita terbabit, iaitu mangsa kejadian ragut.

Berbaju kelawar kuning, wanita itu dilihat membersihkan kotoran beg tangannya apabila netizen menyedari bahawa dia memakai rantai dog tag dalam foto itu.

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Wanita berbaju kelawar kuning itu menarik perhatian netizen. Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia

Bagi yang tidak tahu, rantai dog tag selalunya dipakai oleh anggota tentera. Kegunaan utama rantai ini adalah untuk mengenal pasti mangsa jika berlakunya kematian semasa tugasan, dengan setiap tag mempunyai maklumat tentang individu tersebut – termasuk pengenalan dan maklumat perubatan asas yang penting seperti jenis darah.

Walaupun belum disahkan sebagai seorang anggota tentera, tindakan wanita itu yang berani melawan balik peragutnya cukup meyakinkan netizen bahawa wanita itu kemungkinan besar seorang askar. Namun, ia tidak pasti sama ada wanita tersebut adalah seorang askar yang masih aktif atau sudah bersara.

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Contoh rantai dog tag tentera Amerika Syarikat.

Wanita itu juga kelihatan orang asing, jadi netizen menganggap dia mungkin seorang askar AS kerana kebiasaannya, askar AS diketahui memakai rantai dog tag ke mana sahaja mereka pergi.

Antara komen daripada netizen mengenai wanita itu adalah seperti berikut:

Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia
Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia
Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia
Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera
Kredit foto: FB Kelab Info Malaysia

Apa-apa pun, nasib baik wanita itu selamat dan peragut sudah ditangkap. Sebagai nasihat, sekiranya anda menjadi mangsa ragut, sebaiknya jangan cuba melawan balik jika anda bersendirian, melainkan ada orang lain di sekeliling anda yang boleh membantu anda. Kita tidak tahu sama ada peragut itu membawa senjata yang boleh mengancam keselamatan anda.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nikmati Percutian Indah, Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives
Next Article Bil Elektrik Luar Biasa Tinggi, Ini Langkah Mudah Buat Aduan Kepada Sarawak Energy

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?