• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Boleh Dianggap Ancaman Keselamatan’, Individu Kongsi Tiga Perkataan Sensitif Ketika Berada Dalam Pesawat

Oleh
ILB - AI
2 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga perkataan sensitif perlu dipatuhi semasa dalam pesawat

Boleh Dianggap Ancaman Keselamatan, Individu Kongsi Tiga Perkataan Sensitif Ketika Berada Dalam Pesawat. Kapal terbang atau pesawat merupakan tempat yang berisiko tinggi terutamanya ketika sedang berada di udara. Bahkan, mempunyai banyak peraturan ketat yang mesti dipatuhi penumpang.

Menurut sumber, sekiranya penumpang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, penerbangan mungkin ditangguhkan atau dibatalkan serta-merta demi keselamatan semua penumpang.

Boleh Dianggap Ancaman Keselamatan, Individu Kongsi Tiga Perkataan Sensitif Ketika Berada Dalam Pesawat
Gambar hiasan. Sumber: liane

Seperti yang diketahui umum, sebelum ini kecoh mengenai seorang penumpang lelaki didaka menyebut tentang bom sehingga keseluruhan pesawat Malaysia Airlines MH122 menjadi panik.

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella memuat naik tiga perkataan sensitif yang tidak boleh disebut ketika berada di dalam pesawat.

Tiga perkataan yang diharamkan di dalam kapal terbang

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok itu, Zarul menyatakan bahawa tiga perkataan sensitif itu adalah bom, hijack (rampasan) dan apa-apa senjata berbahaya yang boleh dianggap sebagai satu ancaman di dalam pesawat tersebut.

“Bom ini perkataan yang diharamkan dalam pesawat atau penerbangan. Jangan sesekali buat main dengan perkataan bom walaupun anda hanya melawak, anda hanya mahu punchline untuk buat lawak.

Boleh Dianggap Ancaman Keselamatan, Individu Kongsi Tiga Perkataan Sensitif Ketika Berada Dalam Pesawat
Sumber: tiktok

“Kedua, perkataan saya ada pisau. Aku ada pistol. Aku ada parang pun tak boleh. Ianya sama level juga dengan perkataan bom itu tadi,” ujar Zarul menerusi video TikTok tersebut.

“Ketiga ialah hijack (rampasan). Saya nak rampas kapal terbang ni, kerana anda lambat bagi saya nasi lemak. Walaupun anda hanya bergurau, perkara itu pun tidak boleh.

@zarulumbrellaofficial

Ada 3 perkataan yg perlu dielakkan dlm flight, kalau tak…

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

Pesawat akan berpatah balik

Bukan itu sahaja, Zarul turut berkata, penumpang yang ditangkap berbuat demikian akan dikeluarkan dari pesawat sebaik pesawat berpatah balik semula ke lapangan terbang.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Pesawat MH122 Terpaksa Patah Balik, Rupanya Penumpang Buat Hal Dalam ‘Flight’
Nahas Pesawat Jatuh Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Pernah Berlaku Tahun 1977
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PappaRich Bakal Buka Cawangan Pertama Di The Podium, Kuching PappaRich Bakal Buka Cawangan Pertama Di The Podium, Kuching
Next Article Jagung Cheese Mozzarella Di Uptown Metrocity Jadi Tarikan Baru Buat Pencinta Makanan Korea Jagung Cheese Mozzarella Di Uptown Metrocity Jadi Tarikan Baru Buat Pencinta Makanan Korea

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?