Anda sudah di prank, itu kameranya!
Kreatif Reka Perbualan Amber Heard Dan Johny Depp Untuk Jual Kek Lapis Sarawak, Netizen Terhibur!. Perbicaraan kes saman fitnah penuh kontroversi celebrity terkenal Hollywood Johny Depp terhadap bekas isterinya Amber Heard di Virginia baru-baru ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat di dunia.
Kemenangan Johny Depp di dalam perbicaraan tersebut pada awal Jun ini juga telah membuatkan ramai pihak berpuas hati dan beliau pula telah menerima bayaran ganti rugi sebanyak AS$15 juta bersamaan dengan RM 65.7 juta.

Perbicaraan penuh kontroversi
Perbicaraan penuh kontroversi ini juga telah mendapat perhatian netizen di seluruh dunia di mana mereka melihat sendiri perbicaraan kes saman fitnah tersebut yang disiar menerusi penstriman langsung di saluran Sky News, Law & Crime Network dan Court TV.
Malah, sehingga kini perbicaraan itu masih lagi menjadi perbualan rancak di antara netizen.
Apa yang uniknya kali ini adalah, kami ingin berkongsi dengan anda sebuah perbualan di Facebook yang telah menghiburkan hati ramai netizen oleh satu akaun penjual kek lapis di Miri, Sarawak ini.

Muat naik oleh akaun Kek Lapis Sarawak Siti Payung
Di Facebook, muat naik oleh akaun Kek Lapis Sarawak Siti Payung itu pada awalnya berbunyi seperti ini berikut!
Perbualan antara Johnny Depp dan Amber Heard pada akhir perbicaraan telah bocor! Transkrip itu berbunyi:
Heard: Johnny… Hey! Can you turn around and look at me?
Depp: (bows his head)
Heard: Let’s talk Johnny… Talk to me.
Depp: (Turns to his lawyer, and his lawyer shakes her head)
Heard: I have something to talk to you about.
Depp (with his head still down): I have nothing to talk to you about.
Heard: Please, look at me!
Depp: Goodbye Amber.
Heard: Tell me something Johnny, do you still love me?
Depp: (Keeps quiet)
Herd: Do you still love me, Johnny?
Depp (lifts his head, looks her straight in the eyes, and says): Amber, this might be the last time we ever speak, so please listen to me very carefully. If you want to find the best Sarawak Layer Cakes, you absolutely need to call #sitipayung . They are simply the best! You can reach him at 0168702385 or 0168792385.
Facebook Kek Lapis Sarawak Siti Payung
Di akhir perbualan tersebut, akaun Kek Lapis Sarawak Siti Payung telah mempromosikan produk kek lapis jualan mereka. Memang kelakar betul taktik pemasaran Kek Lapis Sarawak Siti Payung ni!
Muat naik tersebut telah mendapat 14K reaksi daripada netizen, 2.6K komen dan juga 7.5K perkongsian (setakat artikel ini ditulis).
Rata-rata warganet berasa terhibur dengan muat naik tersebut sehingga ada yang mengatakan bahawa ini adalah antara copywriting yang terbaik dia pernah baca!
Mari kita lihat komen netizen di sini:



Jadi, buat anda di luar sana yang mencari Kek Lapis Sarawak yang sedap, boleh lah singgah ke Kek Lapis Sarawak Siti Payung!
Lokasi: Ground Floor, Lot 1313, Miri Waterfront Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Watu Operasi: Setiap hari, 8.30 pagi hingga 5.30 petang
No. Telefon: 016-870 2385