• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Boyak’ Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
29 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Boyak' Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak

Kelibat buaya dijumpai merata tempat!

‘Boyak‘ Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak. Hampir 100 permit untuk memusnahkan buaya di Sarawak telah dikeluarkan, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh.

Namun begitu, beliau berkata walaupun pemusnahan buaya dibenarkan di negeri itu, pengurangan jumlah buaya adalah tidak signifikan dan ini bermakna bahawa populasi buaya masih banyak.

'Boyak' Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak
‘Boyak’ Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak. Kredit: Borneo Post

“Kerana populasi buaya di Sarawak semakin bertambah, kami telah menurunkan Konvensyen Dagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora liar yang Terancam (CITES) dari Jadual 1 ke Jadual 2.

Kulit dan daging buaya pun dah boleh didapati di pasaran!

“Ini bermaksud sebelum ini, kami tidak dapat menangkap dan membunuh buaya, dan menjual daging atau kulit buaya sama ada untuk pasaran tempatan atau untuk eksport.

“Tetapi setelah kami menurunkannya (CITES) dari Jadual 1 ke Jadual 2, mana-mana buaya yang ditangkap dan dibunuh boleh dijual ke pasaran tempatan dan luar negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini semalam.

Len Talif diminta mengulas tentang kemunculan buaya di tempat awam seperti jalan dan longkang akhir-akhir ini.

Ini merupakan inisiatif dari Kerajaan Sarawak

Berkenaan dengan perkara yang berkaitan, beliau berkata sebagai satu cara untuk mengurangkan bilangan kes serangan buaya terhadap manusia dan pada masa yang sama, untuk mengekalkan usaha pemuliharaan, kerajaan negeri merancang untuk mempunyai program taman buaya.

Beliau berkata beberapa bahagian sungai di mana jumlah buaya yang tinggi telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mungkin boleh diubah menjadi taman perlindungan untuk spesies tersebut.

“Taman perlindungan sedemikian akan benar-benar di luar batasan untuk mana-mana anggota orang awam. Kami telah mengenalpasti sungai-sungai dan bahagian yang akan dibuat sebagai taman perlindungan.

“Kami akan memindahkan buaya-buaya liar ke taman-taman perlindungan ini supaya mereka tidak menjadi bahaya kepada orang awam,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Ingatkan Meme, Gambar Buaya Tular Naik Bot Ini Rupanya Bangkai Buaya Ditemui Di Bako
Penemuan Mengejutkan, 49 Biji Telur Buaya Dijumpai Di Taman Malihah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Roti Kegemaran Ramai Buka Cawangan Pertama Samarahan, Rotiboy Kini Dibuka Di Summer Mall Roti Kegemaran Ramai Buka Cawangan Pertama Samarahan, Rotiboy Kini Dibuka Di Summer Mall
Next Article Video ‘Cinta Monyet’ Masa Sekolah Curi Perhatian Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?