• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Buah Paling Menarik’, Mat Saleh Teruja Dapat Makan Buah Dabai

Oleh
Farisha
14 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Mat salleh raih perhatian ramai makan buah dabai di media sosial

‘Buah Paling Menarik’, Mat Saleh Teruja Dapat Makan Buah Dabai. Satu hantaran tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang ‘mat saleh‘ mencuba Buah Dabai atau nama saintifiknya Canarium odontophyllum.

Bagaimanapun, buah tersebut hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo seperti Sarawak, Sabah, Brunei, Kalimantan, Palawan dan Sumatra.

'Buah Paling Menarik', Mat Saleh Teruja Dapat Makan Buah Dabai
Sumber: tiktok

“Mungkin anda tidak pernah melihat buah ini sebelum ini, ini adalah buah dabai, buah top 3 yang saya pernah rasa,” ujarnya di laman TikTok tersebut.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian mat saleh tersebut di aplikasi TikTok, dia turut menunjukkan cara memakan buah dabai tersebut, tanpa memakan kulit di luarnya.

Bukan itu sahaja, dia juga mengulas dan menikmati keenakan rasa buah dabai yang berwarna ungu gelap serta isinya berwarna kuning krim itu.

Netizen mencadangkan mat saleh itu mencelup dengan sos dan memakan bersama kulitnya sekali

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mencadangkan mat salleh itu untuk makan buah dabai dengan mencelup bersama soy sos atau sos pedas. Malah, ada juga yang mengatakan untuk makan buah dabai bersama kulitnya sekali.

'Buah Paling Menarik', Mat Saleh Teruja Dapat Makan Buah Dabai
Sumber: tiktok

“Buah Dabai my favourite, makanan kegemaran orang Sarawak, kalau cicah dengan kicap manis dan letak minyak bijan, memang berlemak guys,” kata seorang pengguna media sosial.

“Buah Dabai tu celup kicap pedas mantur sir, makan sekali dengan kulit,” ujar lagi seorang netizen di laman TikTok tersebut.

Sarawak negeri pengeluar dabai secara komersial

Untuk makluman, di Malaysia, negeri Sarawak adalah satu-satunya negeri yang menjadi pengeluar buah dabai secara komersial. Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, pada tahun 2019, negeri Sarawak mengeluarkan kira-kira 6,393 tan metrik buah dabai. Sibu dan Kapit adalah antara daerah yang popular dengan buah dabai.

@fitshortie

The most interesting fruit after 8 years of eating only fruit!🤩

♬ original sound – Simon & Tina

Bahkan, buah Dabai terkenal dengan rasa yang unik dan khasnya, serta pelbagai kegunaan dalam masakan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mat Saleh Cuba Air ‘Tuak’, Ujar Harganya Mahal Mengundang Reaksi Netizen
Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching Inspektor Polis Ditahan, Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Berjumlah Lebih RM300K Di Kuching
Next Article Port Makan Menarik Di Kuching, Nasi Lemak Bamboo Saji Menu Lazat Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?