I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan

Oleh Aina Musa 13 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dipercayai Bahaya Hingga Boleh Meragut Nyawa, Penjualan Bedak Johnson & Johnson Bakal Dihentikan

Bedak legend Johnson & Johnson tidak dijual lagi?

Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan. Sebut sahaja mengenai bedak talkum Johnson & Johnson (J&J), pasti jenama ini amat terkenal di kalangan para ibu di seluruh dunia.

Tidak kira apa saja kegunaannya, sama ada untuk dipakai ketika menukar lampin bayi, dijadikan hadiah orang baru bersalin, ditaburkan di atas papan karom atau diletakkan dalam sampul surat cinta, bedak ini selalunya boleh didapati di setiap rumah di Malaysia.

Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan
Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan. Kredit Foto: Reuters

Namun, J&J dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan bahawa pihaknya akan menghentikan penjualan bedak bayi talkum terkenal mereka secara global pada 2023.

Syarikat itu mengumumkan perkara terbabit selepas lebih dua tahun menamatkan penjualan produk itu di Amerika Syarikat yang mengundang ribuan saman berhubung keselamatan pengguna.

Betul ke sampai boleh meragut nyawa?

Pada 2020, Johnson & Johnson mengumumkan pihaknya akan menghentikan penjualan bedak bayi talkum di AS dan Kanada kerana permintaan menurun berikutan maklumat salah mengenai keselamatan produk ketika banyak saman mengenainya.

Syarikat itu berdepan kira-kira 38,000 saman daripada pengguna dan mereka yang terselamat mendakwa produk talkumnya menyebabkan kanser akibat pencemaran dengan asbestos, sejenis karsinogen yang diketahui.

Pelbagai uji kaji telah dijalankan bagi menguji tahap keselamatan bedak tersebut

Syarikat itu yang menafikan dakwaan itu berkata, ujian saintifik dan kelulusan kawal selia selama beberapa dekad menunjukkan talkumnya selamat dan bebas asbestos.

Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan
Kenyataan rasmi daripda Johnson’s. Kredit Foto: Johnson’s

Berdasarkan rekod dalaman syarikat pula, keterangan percubaan dan bukti lain menunjukkan sekurang-kurangnya sejak 1971 hingga awal 2000-an, talkum mentah dan serbuk siap syarikat itu kadangkala diuji positif untuk sejumlah kecil asbestos.

Sebagai tindak balas kepada bukti pencemaran asbestos yang dibentangkan dalam laporan media di bilik mahkamah dan di Capitol Hill, J&J berulang kali mengatakan produk talkumnya selamat dan tidak menyebabkan kanser.

J&J ambil inisiatif keluarkan bedak bayi berasaskan tepung jagung

Menurut syarikat tersebut, sebagai sebahagian daripada penilaian portfolio di seluruh dunia, mereka membuat keputusan komersial untuk beralih kepada pengeluaran bedak bayi berasaskan tepung jagung.

Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan
Bedak bayi berasaskan tepung jagung. Kredit foto: Johnson’s

Bedak bayi berasaskan tepung jagung itu sudah pun dijual di beberapa negara di seluruh dunia.

Dijual sejak 1894, Bedak Bayi Johnson menjadi simbol imej mesra keluarga syarikat.

Baca artikel terbaharu di sini:

‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai
‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
SUMBER : Reuters
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar
Next Article Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?