• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan

Oleh
ILB - AI
13 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Seorang parah, dua cedera ringan

Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan. Telah dilaporkan bahawa berlaku kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Stakan Melayu, Kota Samarahan sekitar jam 7.43 pagi tadi.

Lapor media tempatan, seorang pemandu parah tersepit di tempat duduk manakala dua orang lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan
Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan. Kredit: FB Sarawak Edition

Kejadian berlaku di Jalan Stakan Melayu, Kota Samarahan

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima laporan.

Jelasnya, seorang lelaki dewasa tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Kelisa dalam keadaan sedar dan pasukan penyelamat kemudian menggunakan peralatan khas bagi membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan
Pihak Bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kenderaan. Kredit: FB Sarawak Edition

Untuk rekod, kemalangan itu melibatkan Perodua Kelisa, Perodua Alza dan Toyota Hilux.

Membuat tinjauan di ruangan komen media sosial, rata-rata netizen beranggapan bahawa jalan raya di kawasan itu agak berbahaya jika dipandu secara laju kerana terdapat banyak selekoh.

Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan
Kredit: FB Sarawak Edition

Sememangnya amat berbahaya jika memandu secara laju tidak kira sama ada di jalan lurus ataupun di selekoh.

Yang penting pandu secara berhemah asalkan sampai ke destinasi yang hendak ditujui.

Lagi di sini:

‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai
‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Telan CD Ka Ni?'- Menyanyi Di Rumah Asap Artis Tempatan Sarawak Ini Dipuji ‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai
Next Article Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?