• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Hantaran Jelik Hina Agama Islam, Warga Emas 70 Tahun Di Tawau Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
23 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki warga emas tempatan ditahan buat hantaran jelik hina agama Islam di Facebook

Buat Hantaran Jelik Hina Agama Islam, Warga Emas 70 Tahun Di Tawau Ditahan. Dilaporkan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun selepas disyaki menghina agama Islam menerusi hantaran di media sosial Facebook yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, memaklumkan bahawa suspek yang juga pemilik akaun Facebook tersebut ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada hari Jumaat, kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Buat Hantaran Jelik Hina Agama Islam, Warga Emas 70 Tahun Di Tawau Ditahan
Sumber gambar: Sinar Harian

Pihak polis menerima laporan

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa terlihat hantaran di Facebook yang dianggap menyinggung sensitiviti umat Islam, pada hari Selasa lalu.

Suspek ditahan selepas pihak polis menerima aduan daripada orang awam berkenaan hantaran tersebut. Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti tujuan di sebalik kenyataan yang dimuat naik itu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan permusuhan, kebencian, atau penghinaan terhadap mana-mana agama. Selain itu, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jasmin turut menegaskan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk penghinaan berkaitan agama dan etnik di negara ini. Katanya, tindakan sedemikian boleh mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, terutamanya di daerah Tawau.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini:

SFC Sahkan Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Bawah Jambatan Triso
Sering Berlaku Kemalangan, PDP Gesa Tingkatkan Keselamatan Di Bulatan Sibu Jaya
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sering Berlaku Kemalangan, PDP Gesa Tingkatkan Keselamatan Di Bulatan Sibu Jaya
Next Article Pasangan Australia Bingung, Diusir Tanpa Sebab Selepas Menetap 10 Tahun Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?