• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasangan Australia Bingung, Diusir Tanpa Sebab Selepas Menetap 10 Tahun Di Sabah

Oleh
Ismail NA
23 November 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Kredit foto: Daily Express & The Malay Mail

Pasangan ini dikatakan ditahan 4 hari di sel tahanan Sabah tanpa mengetahui sebab

Pasangan Australia Bingung, Diusir Tanpa Sebab Selepas Menetap 10 Tahun Di Sabah. Bayangkan situasi ini: Anda baru sahaja pulang dari perjalanan perniagaan, bersedia untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang istimewa, tetapi tiba-tiba ditahan di lapangan terbang seolah-olah anda adalah penjenayah.

Itulah pengalaman pahit yang dilalui pasangan warga emas dari Australia, John Joseph Gorton, 78, dan isterinya Noel Gail Gorton, 80. Pasangan ini, yang sudah hampir 10 tahun menyewa rumah di Sabah dan menganggapnya sebagai rumah kedua, dihalang masuk oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 17 November lalu.

Pasangan Australia Bingung, Diusir Tanpa Sebab Selepas Menetap 10 Tahun Di Sabah
Barangan pasangan ini semasa ditahan oleh Imigresen Sabah. Sumber foto: Daily Express

Cuba balik, tapi ditahan macam pendatang haram

Menurut laporan media Sabah Daily Express, pasangan ini baru sahaja pulang dari Manila selepas sebulan di luar Malaysia untuk urusan perniagaan dan memperbaharui visa mereka. Namun, bukannya dapat pulang ke rumah sewa mereka, John dan Noel terpaksa bermalam selama tiga hari di kawasan tahanan KKIA.

“Kami rasa seperti dilayan macam pengganas atau penjenayah,” kata John, yang masih bingung dengan layanan itu. Apa yang pelik, tiada pegawai Imigresen yang dapat menjelaskan kenapa mereka ditahan.

Ulang tahun perkahwinan jadi mimpi ngeri

Noel memberitahu pegawai bahawa mereka kembali ke Sabah untuk mengemas apartmen mereka sebelum berpindah, selain ingin meraikan ulang tahun perkahwinan ke-56 pada 18 November dan hari lahirnya ke-80 pada Krismas nanti.

Malangnya, penjelasan ini tidak diterima baik. Seorang pegawai menuduh Noel berbohong dan memintanya membatalkan tiket pulang ke Perth yang dijadualkan pada Januari 2025.

“Pegawai itu sangat biadap, panggil isteri saya penipu, dan kata kami kena batalkan tiket malam itu juga,” jelas John.

Lebih menyedihkan, walaupun mereka menunjukkan dokumen lengkap termasuk pematuhan kepada syarat Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC), pegawai itu tidak mahu menerimanya.

Pasangan Australia Bingung, Diusir Tanpa Sebab Selepas Menetap 10 Tahun Di Sabah
Pasangan Australia Bingung, Diusir Tanpa Sebab Selepas Menetap 10 Tahun Di Sabah. Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: The Malay Mail

Bermalam di sel tahanan sehingga terlepas penerbangan

Pasangan ini kemudiannya diarahkan tinggal di sel tahanan sambil menunggu penerbangan balik ke Filipina. Malangnya, pada hari yang dijadualkan, kakitangan AirAsia “lupa” menempah mereka ke penerbangan tersebut. Akibatnya, mereka terpaksa bermalam lebih lama sebelum diterbangkan pulang.

“Kami berada di kawasan tahanan selama empat hari tiga malam tanpa sebab yang jelas. Pasport kami dicop ‘pendatang yang dilarang’. Apa salah kami?” luah John.

Pengalaman serupa turut terjadi kepada pasangan lain

John turut menceritakan bahawa pasangan dari Eropah yang ditahan bersama mereka juga menghadapi layanan buruk daripada pegawai yang sama.

Menurut laporan, Jabatan Imigresen Sabah juga telah dihubungi namun mereka memberitahu untuk merujuk perkara ini kepada pihak berwajib di Putrajaya. Sehingga kini, masih belum ada penjelasan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sama ada di Sabah dan Putrajaya, menyebabkan penahanan tersebut masih menjadi misteri.

Apa pendapat anda tentang layanan ini? Adakah pasangan ini patut dijelaskan tentang alasan penahanan mereka? Tetapi, adakah layanan sebegini juga wajar diterima oleh warga asing yang sudah menganggap Sabah sebagai rumah kedua mereka? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ketahui mengapa pelancong Korea suka sangat ke Sabah:

Fasih Bahasa Korea Dan Mandarin, Peniaga Sabah Digemari Pelancong Luar
IATA Cadang Wujudkan Laluan Penerbangan Terus Korea-Sarawak
SUMBER :Daily Express
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Hantaran Jelik Hina Agama Islam, Warga Emas 70 Tahun Di Tawau Ditahan
Next Article Rumah Atas Air Di Semporna Runtuh, 9 Sekeluarga Termasuk Kanak-Kanak OKU Terperangkap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?