• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia

Oleh
Ismail NA
10 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Hukuman ini akan digantikan dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia. Kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hukuman mati mandatori di negara ini. Menerusi kenyataan tersebut, kerajaan akhirnya bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori untuk kesalahan yang disabitkan di mahkamah.

Isi Isi Penting
  • Hukuman ini akan digantikan dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.
  • Cadangan hukuman gantian sedang diteliti dan dikaji lanjut setelah dapat dapat persetujuan Jemaah Menteri
  • Malaysia bakal sertai Kemboja dan Filipina mansuh hukuman mati mandatori di rantau Asia Tenggara
  • Baru-baru ini, seorang penganggur berisiko dikenakan hukuman mati apabila mengedar dadah seberat 26.22 kilogram di Kuching:

Sebaliknya, hukuman tersebut akan digantikan dengan hukuman gantian yang tertakluk kepada budi bicara pihak mahkamah.

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia
Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia

Persetujuan ini dicapai sebulat suara setelah pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.

Cadangan hukuman gantian sedang diteliti dan dikaji lanjut setelah dapat dapat persetujuan Jemaah Menteri

Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga mengambil maklum serta menerima cadangan hukuman-hukuman gantian bagi menggantikan hukuman mati mandatori yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Y.Bhg Tun Richard Malanjum dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang- undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah (criminologist).

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Buat masa ini, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut tentang hukuman gantian tersebut dilaksanakan. Hukuman gantian ini terpakai untuk 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu (1) kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara Mahkamah.

Hal ini bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip ‘proportionality’ dan keperlembagaan (constitutionality) mana-mana cadangan kepada Kerajaan kelak.

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia

Malaysia bakal sertai Kemboja dan Filipina mansuh hukuman mati mandatori di rantau Asia Tenggara

Menurut Asian Parliamentarians for Human Rights, setakat tahun 2020, hanya Filipina dan Kemboja sahaja negara di rantau Asia Tenggara yang sudah memansuhkan hukuman mati mandatori. Timor Leste yang menjadi negara pemerhati ASEAN juga sudah memansuhkan hukuman ini.

Tiga lagi negara iaitu Laos, Myanmar dan Brunei Darussalam sedang mempertimbangkan pemansuhan amalan ini memandangkan ketiga-tiga negara ini tidak mengenakan hukuman mati mandatori selama 25 tahun. Manakala 4 negara ASEAN yang lain – Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam masih melaksanakan hukuman ini.

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia
Infografik negara ASEAN yang masih melaksanakan hukuman mati mandatori. Kredit: Malaysiakini

Dengan persetujuan ini, maka Malaysia bakal menjadi negara ketiga di rantau ini yang memansuhkan hukuman mati mandatori ini.

Adakah anda bersetuju atau tidak? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Baru-baru ini, seorang penganggur berisiko dikenakan hukuman mati apabila mengedar dadah seberat 26.22 kilogram di Kuching:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenderaan Terjunam Tertusuk Kayu, Netizen Tuntut Percepat Pembaikan Jalan Di Kapit-Putai Kenderaan Terjunam Tertusuk Kayu, Netizen Tuntut Percepat Pembaikan Jalan Di Kapit-Putai
Next Article [VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?