• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bunuh Kucing-Kucing Peliharaan Dengan Kejam, Lelaki Asal Dari Dalat Dipenjara 2 Tahun Di KL

Oleh
ILB - AI
28 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bunuh Kucing-Kucing Peliharaan Dengan Kejam, Lelaki Asal Dari Dalat Dipenjara 2 Tahun Di KL

Lelaki itu turut didenda RM50,000 berkuatkuasa hari ini

Bunuh Kucing-Kucing Peliharaan Dengan Kejam, Lelaki Asal Dari Dalat Dipenjara 2 Tahun Di KL. Baru-baru ini, pencinta haiwan digempar berita apabila sebuah kondo di Kuala Lumpur didapati dijadikan tempat penyeksaan dan aniaya kucing apabila beberapa bangkai kucing ditemui oleh pemilik premis.

Seorang lelaki, yang berasal dari Dalat, Sarawak, 31, kemudian ditangkap polis dan kini telah dihukum atas perbuatannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bunuh Kucing-Kucing Peliharaan Dengan Kejam, Lelaki Asal Dari Dalat Dipenjara 2 Tahun Di KL

Bunuh dan mengerat anggota badan kucing

Perbuatan keji itu disedari apabila jiran lelaki terbabit mengadu kepada pemilik premis bahawa mereka tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari rumah lelaki itu.

Setelah menyiasat pada 11 Mac, pemilik premis mendapati rumah itu dalam keadaan buruk dan mengerikan dengan banyak anggota badan haiwan ditemui di rumah sewa itu. Malah terdapat sebuah bilik yang dipenuhi dengan bangkai haiwan dipercayai bangkai kucing yang reput.

Kredit: FB Persatuan Haiwan Malaysia
Bilik kosong dijadikan tempat pembuangan puluhan bangkai haiwan, disyaki kucing yang mengering. Kredit: FB Persatuan Haiwan Malaysia
Organ haiwan disyaki organ kucing diawet dalam bekas simpanan plastik. Kredit: FB Persatuan Haiwan Malaysia

Pemilik premis telah membuat laporan polis pada 13 Mac lalu, namun laporan yang dibuat tidak dilayan atas alasan polis tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menguatkuasakan, walaupun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa polis.

Aduan itu akhirnya sampai kepada Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) sebelum dipanjangkan kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

Kredit: FB Persatuan Haiwan Malaysia

Dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun

Mahkamah telah memutuskan pesalah, bernama Lim Chia Lin, bersalah kerana menyebabkan kesengsaraan hingga kematian kucing-kucing dibawah jagaannya dan penzalim pembunuh kucing kondo telah dijatuhi hukuman penjara 2 tahun (24 bulan) dan denda RM50,000.00 berkuatkuasa hari ini.

Berita ini didedahkan oleh MAA menerusi laman Facebook rasmi mereka, yang turut memuji pihak Polis Diraja Malaysia (PRDM) kerana membantu menyelesaikan kes pembunuhan kucing yang sadis dan kejam ini dengan baik.

Difahamkan, ini adalah kali pertama mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh pihak PDRM sejak ianya diperkenalkan di negara ini.

Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat untuk membawa kes ini ke muka pengadilan. Semoga ini dapat dijadikan amaran kepada orang yang mendera dan memperlakukan haiwan dengan kejam!

Lagi di sini:

Lelaki Sarawak Pertama Kali Datang KL Buat Ramai Terbahak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Sarawak Pertama Kali Datang KL Buat Ramai Terbahak
Next Article Demi Pelanggan Tak Puasa, Wanita Ini Sanggup Sorok Lauk Dalam Tandas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?