• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bunuh Rakan Asrama, 13 Pelajar Vokasional Kini Didakwa Di Mahkamah

Oleh
Aina Musa
3 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Bunuh Rakan Asrama, 13 Pelajar Vokasional Kini Didakwa Di Mahkamah

Mereka akhirnya didakwa ke mahkamah

Bunuh Rakan Asrama, 13 Pelajar Vokasional Kini Didakwa Di Mahkamah. Tiga belas remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional di sini, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bunuh Rakan Asrama, 13 Pelajar Vokasional Kini Didakwa Di Mahkamah. Sumber: Harian Metro

Kesemua remaja yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac lalu kira-kira 9 malam hingga 7.38 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.

Prosiding secara tertutup berlangsung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada 9 pagi dan hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara kerana membabitkan kes juvana.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao sementara dua tertuduh diwakili peguam Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan.

Terdahulu media melaporkan seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, dipercayai dibelasah rakan di sebuah Kolej Vokasional di sini.

Muhd Nazmie Aizat ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada jam 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

Baca lagi artikel menarik:

Hasrat Beraya Di Sabah Tak Kesampaian, Suami Isteri Maut Kemalangan Di Seremban
Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Curi Bahan Kek Untuk Hari Raya, Wanita Dipenjara 1 Bulan Dan Denda RM1.8K Di Kuching
Next Article Brunei Cadang Bina Keretapi Laju Hubungkan 3 Negara, Ini Tanggapan Jokowi Brunei Cadang Bina Keretapi Laju Hubungkan 3 Negara, Ini Tanggapan Jokowi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?