• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan

Oleh
Nazihah AN
2 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan

Mangsa Buli Trauma, Takut Turun Dewan Makan

Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan. Hanya selepas beberapa minggu berlaku kes kematian pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah akibat dipukul dan dibelasah oleh rakan-rakan, timbul pula laporan isu buli di sebuah sekolah menengah di daerah Sandakan.

Difahamkan, dua pelajar Tingkatan Satu menjadi mangsa buli sehingga menerima ancaman bunuh daripada dua pelajar lain yang merupakan adik-beradik. Kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Umair dan Yasin tinggal di asrama sekolah tersebut.

Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan

Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan

Menurut laporan dalam media tempatan, pembuli yang merupakan pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Lima bertindak mengancam untuk membunuh Umair dan Yasin dengan menggunakan bahagian besi katil yang telah patah serta penyodok sampah sekiranya mereka tidak mengikut kehendak pembuli.

Dikatakan, Umair dan Yasin hanya mampu berdiam diri dan menangis ketakutan kerana bimbang untuk melawan atau membuka mulut yang boleh menyebabkan mereka dicederakan.

Perbuatan buli itu tercetus apabila Umair dan Yasin membuat laporan kepada warden asrama mengenai tindakan dua beradik tersebut yang keluar dari kawasan sekolah melalui lubang longkang di belakang asrama tanpa kebenaran pihak sekolah.

“Kami melapor kerana perbuatan mereka memang salah, tetapi kami pula yang menjadi mangsa buli dan ancaman,” kata Yasin.

Akibat trauma, Umair dan Yasin enggan turun ke dewan makan untuk bersahur kerana bimbang berhadapan dengan dua pembuli tersebut.

Ibu bapa mereka telah dihubungi untuk makluman lanjut mengenai kes ini.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Maut Dibelasah Rakan Asrama, 13 Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Ditahan
Buli Junior Gara-Gara Hilang Seluar, 5 Pelajar Ditahan Polis Di Mukah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu
Next Article Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Bermula Esok

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?